Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat datang dan terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL).

Platform digital khususnya MyTax melalui Portal Hasil ini merupakan gerbang komunikasi dan maklumat antara HASiL dengan anda sebagai pelanggan yang amat kami hargai. Perkembangan situasi dunia pada hari ini dalam menghadapi isu pandemik global Covid – 19 telah menjadi pemangkin untuk Jabatan Teknologi Maklumat memperkasa kemudahan dan prasarana ICT di HASiL. Kemudahan ini membolehkan pegawai HASiL bekerja dari rumah (BDR) dalam persekitaran yang selamat lagi kondusif bagi menjamin perkhidmatan serta sistem percukaian sentiasa lancar dan teratur.

Perubahan Dasar Kerajaan dalam membendung penularan Covid-19 telah membuka peluang dan dorongan untuk kami terus meningkatkan prestasi dalam memacu pembangunan sistem yang agilereal-time dan seamless. Justeru itu, sebarang cadangan atau maklum balas amat dialu - alukan menerusi idea_desire@hasil.gov.my atau menerusi Borang Maklum Balas Pelanggan.

Terima kasih kerana melayari portal ini.
Bersama kita membangunkan negara.

Abd Rahman bin Yusof.
Pengarah,
Jabatan Teknologi Maklumat,
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.