Aplikasi pendaftaran fail cukai pendapatan individu syarikat, majikan, perkongsian dan perkongsian liabiliti terhad (PLT) melalui internet.

  • Individu yang memperoleh pendapatan layak dikenakan cukai
  • Individu yang menjalankan perniagaan
  • Pekerja baru yang layak dikenakan Potongan Cukai Bulanan (PCB)
  • Syarikat yang belum berdaftar dengan HASiL
  • Perniagaan atau syarikat yang mempunyai pekerja hendaklah mendaftar fail cukai majikan
  • Perkongsian yang belum berdaftar dengan HASiL
  • PLT yang belum berdaftar dengan HASiL

  Kategori Dokumen Sokongan
1 Individu tidak menjalankan perniagaan
  • Kad Pengenalan (Kad Pengenalan Baru, Tentera, Polis atau Pasport)
2 Individu menjalankan perniagaan
  • Kad Pengenalan (Kad Pengenalan Baru, Tentera, Polis atau Pasport)
  • Sijil Pendaftaran Perniagaan
3a Syarikat Tempatan
- Syarikat Sdn. Bhd.
- Syarikat Bhd.
  • Notis pendaftaran syarikat di bawah seksyen 15 Akta Syarikat 2016 atau perakuan pemerbadanan syarikat di bawah seksyen 17 Akta Syarikat 2016 (jika ada)
  • Notis Pertukaran Dalam Daftar Pengarah, Pengurus Dan Setiausaha di bawah seksyen 58 Akta Syarikat 2016
3b Syarikat Asing
  • Notis pendaftaran syarikat asing di bawah seksyen 562 Akta Syarikat 2016
  • Perubahan Atau Pengubahan Butir-Butir Berkaitan Syarikat Asing di bawah subseksyen 567(1) Akta Syarikat 2016
4. Perkongsian
  • Salinan sijil pendaftaran perniagaan perkongsian yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Senarai ahli-ahli kongsi
5. Perkongsian
Liabiliti Terhad
  • Salinan notis pendaftaran PLT atau salinan perakuan pendaftaran PLT (jika ada) di bawah seksyen 11 Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012

ATAU

  • Salinan notis pendaftaran penukaran kepada PLT di bawah seksyen 32 Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 (jika berkenaan) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Senarai pekongsi

  • Borang Maklum Balas Pelanggan: Klik disini
  • Faks : 03-8922 1676
    (Penting : Sila Nyatakan No. Permohonan Anda)
  • Masalah/Aduan/Komen : Hubungi 03-8913 3800

Dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan dibuat secara dalam talian.

Nombor permohonan akan diberikan untuk menyemak status permohonan anda.

Klik pautan untuk ke e-Daftar