Tanggungjawab Pembayar Cukai

Mulai Tahun Taksiran 2014, Syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah dan koperasi yang dorman dan / atau yang belum menjalankan perniagaan,hendaklah mengemukakan BNCP (termasuk Borang E).

Untuk keterangan lanjut sila rujuk Program Memfail BNCP.

Borang C perlu dikemukakan kepada HASiL dalam tempoh tujuh bulan selepas tarikh penutupan akaun. Borang C perlu diisi dengan lengkap dan dikemukakan ke alamat berikut:

  1. Mendapatkan dan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

    Syarikat hendaklah kembalikan BNCP yang telah lengkap diisi, tanpa perlu melampirkan dokumen sokongan, ke alamat di bawah dalam tempoh 7 bulan selepas tarikh penutupan tempoh perakaunan.

    Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
    Seksyen Pengurusan Rekod & Maklumat Percukaian
    Jabatan Operasi Cukai
    Karung Berkunci 00222
    43650 Bandar Baru Bangi
    Selangor Darul Ehsan

  2. Dokumen sokongan tidak perlu dilampirkan, kecuali bagi kes bayaran balik, baucar dividen perlu dilampirkan bersama BNCP.

  3. Mengemukakan anggaran cukai & membuat bayaran ansuran mengikut tempoh.

  4. Mengira cukai pendapatan.

  5. Melaporkan pendapatan dan perbelanjaan, termasuk potongan dan rebat.

  6. Menyimpan rekod-rekod perniagaan bagi tujuan pengauditan.