Pendaftaran fail cukai syarikat merupakan tanggungjawab individu yang mengurus dan mengendalikan urusan percukaian syarikat.
Sekiranya sesebuah syarikat telah memulakan operasi perniagaannya, maka syarikat perlu mengemukakan permohonan pendaftaran nombor pengenalan cukai (TIN). Jika fail syarikat telah didaftarkan, maka pendaftaran Fail Majikan (E) juga perlu didaftarkan walaupun syarikat tersebut adalah dorman (rujuk Program Memfail Borang Nyata).
Mulai 1 Januari 2024, permohonan baharu pendaftaran Nombor Pengenalan Cukai (TIN) bagi syarikat hendaklah dilakukan secara dalam talian melalui aplikasi e-Daftar di Portal MyTax, https://mytax.hasil.gov.my.
Pendaftaran TIN syarikat (C) adalah secara automatik bagi syarikat baharu diperbadankan (syarikat tempatan atau syarikat asing) yang telah mendaftar secara dalam talian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui Portal MyCoID.
Sila kemukakan :
Selepas nombor rujukan cukai anda didaftarkan, anda dikehendaki mengemukakan e-CP204 dalam tempoh 3bulan dari tarikh mula operasi. Bayaran anggaran cukai bagi tahun taksiran pertama syarikat akan bermula pada bulan ke enam tempoh asas.
Syarikat juga dikehendaki mengemukakan Borang C dalam tempoh 7 bulan daripada tarikh penutupan akaun syarikat.
Borang Nyata Cukai Pendapatan tersebut boleh diperoleh dari laman web HASiL seperti berikut :
Borang > Pilih Borang Nyata > Pilih Selain Syarikat & Selain Individu > Pilih Semua > Klik Cari
Mendaftar Secara Online