🌐 BM | ENG

Syarikat

Cukai Korporat

Pengenalan

Cukai korporat dikenakan atas syarikat bermastautin (sendirian berhad dan berhad) yang memperoleh pendapatan:

  • Di Malaysia; dan
  • Dari luar Malaysia bagi syarikat insurans, pengangkutan laut / udara dan perbankan.
Tanggungjawab Syarikat
Perkara / Anggaran Cukai Syarikat Baharu Syarikat Sedia Ada Borang
Hantar Penghantaran Dalam masa 3 bulan pertama dari tarikh permulaan operasi 30 hari sebelum mula tempoh asas CP204
Mula Bayar Bulan ke-6 tempoh asas Bulan ke-2 tempoh asas CP207
Tarikh Bayaran Sebelum / pada 15 haribulan CP207
Pindaan Anggaran Bulan ke-6 atau ke-9 atau ke-11 tempoh asas atau dalam ketiga-tiga bulan tersebut e-CP204A
Pemberitahuan Pertukaran Tempoh Perakaunan Tempoh perakaunan baharu kurang daripada 12 bulan
– 30 hari sebelum berakhirnya tempoh perakaunan baharu

Tempoh perakaunan baharu melebihi 12 bulan
– 30 hari sebelum tarikh akhir tempoh perakaunan asal
CP204B
Penghantaran Borang 7 bulan selepas tarikh penutupan tempoh perakaunan e-C
Tarikh Pembayaran baki cukai (jika ada) Sebelum / pada hari terakhir penghantaran Borang e-C
(7 bulan selepas tarikh tutup tempoh perakaunan)
CP207

Orang yang bertanggungjawab:

  • Pengarah-pengarah syarikat
  • Setiausaha syarikat
  • Pengurus atau pegawai utama
  • Sesiapa sahaja yang menjalankan mana-mana fungsi di atas

Kegagalan syarikat melaksanakan tanggungjawab akan mengakibatkan syarikat akan disabit dengan:

  • Kesalahan Jenayah
    • Kegagalan menghantar dan melaporkan pendapatan dalam tempoh yang ditetapkan dan kegagalan melaporkan pendapatan yang sepatutnya (tuntutan palsu) dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan
  • Kesalahan Sivil
    • Kegagalan membayar cukai pendapatan dalam tempoh yang ditetapkan

 

Jenis Taksiran Tahun Taksiran (T/T)
2009-2015 2016 2017 – 2018 2019 2020-2022 2023-2024
Modal berbayar sehingga RM2.5 juta pada permulaan tempoh asas dan pendapatan kasar tidak melebihi RM50 juta
Pendapatan bercukai RM500,000 pertama 20% 19% 18% 17%
Pendapatan bercukai selebihnya 25% 24% 24% 24%
Pendapatan bercukai RM600,000 pertama 17%
Pendapatan bercukai selebihnya 24%
Pendapatan bercukai RM150,000 yang pertama 15%
Pendapatan bercukai RM150,001 hingga RM600,000 17%
Pendapatan bercukai RM600,001 dan seterusnya 24%
Modal berbayar melebihi RM2.5 juta pada awal tempoh asas/ Syarikat selain kategori di atas
Modal berbayar melebihi RM2.5 juta pada awal tempoh asas/ Syarikat selain kategori di atas 25% 24% 24% 24% 24% 24%

Maklumat yang perlu dikemaskini sekiranya terdapat perubahan adalah:

  • Alamat surat menyurat / alamat premis perniagaan
  • Nombor telefon untuk dihubungi
  • Pertukaran nama syarikat
  • Maklumat ejen cukai (jika berkenaan)

Perhatian

  • Pendaftaran nombor cukai pendapatan syarikat boleh dibuat dalam talian (online) menggunakan aplikasi e-Daftar di pautan https://mytax.hasil.gov.my
  • Rujuk penyata akaun, dokumen sokongan, penyata pendapatan dan resit-resit tuntutan semasa pengisian
  • Akaun perniagaan dan dokumen sokongan tidak perlu dihantar semasa penghantaran borang.
  • Sila pastikan kod perniagaan diisi dengan betul dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP). Panduan kod perniagaan boleh diperoleh di https://www.hasil.gov.my.
  • Simpan rekod dan buku akaun selama 7 tahun bagi tujuan semakan HASiL.
  • BNCP perlu dihantar walaupun akaun mengalami kerugian.
  • Syarikat dorman tidak perlu menghantar e-CP204, tetapi perlu menghantar Borang e-C setiap tahun.
  • Tatacara pindaan borang cukai C boleh dirujuk dalam Garis Panduan Operasi 3 Tahun 2024 : Prosedur Pengemukaan Borang Nyata Terpinda.