Pengenalan Sistem Taksir Sendiri CKHT (STS CKHT)

  1. Pelupusan mulai 01 Januari 2025, STS CKHT diperkenalkan dan ACKHT 1976 telah dipinda menerusi Akta Kewangan (No. 2) 2023.

  2. Kategori pembayar cukai yang terlibat adalah semua pembayar cukai yang memperoleh atau melupuskan aset yang tertakluk kepada ACKHT 1976.

  3. Selaras dengan pelaksanaan STS CKHT, pembayar cukai dikehendaki untuk:
    1. mengemukakan Borang Nyata CKHT dalam tempoh 60 hari dari tarikh pelupusan;
    2. menentukan keuntungan yang dikenakan cukai dan mengira cukai yang dikenakan dalam Borang Nyata CKHT dikemukakan;
    3. membuat bayaran dalam tempoh ditetapkan;
      1. Pemeroleh : Bayaran Seksyen 21B ACKHT 1976 dalam tempoh 60 hari dari tarikh pemerolehan;
      2. Pelupus : Bayaran cukai atau baki cukai yang kena dibayar dalam tempoh 90 hari dari tarikh pelupusan
    4. menyimpan dokumen berkaitan dalam tempoh 7 tahun.

  4. Tiada notis taksiran akan dikeluarkan kerana Borang Nyata CKHT yang dikemukakan kepada KPHDN dianggap sebagai notis taksiran.
Di lawati :
Kemaskini : :