🌐 BM | ENG

Jenis Borang Nyata CKHT

  1. Pembayar cukai yang membuat pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai dikehendaki untuk melaporkan keuntungan dengan mengemukakan Borang Nyata CKHT dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pelupusan seperti berikut:
    1. Pelupus
      • CKHT 1A
        Pelupusan harta tanah tertakluk di bawah ACKHT 1976
      • CKHT 1B
        Pelupusan syer tertakluk kepada ACKHT 1976
      • CKHT 3
        Pemberitahuan di bawah subseksyen 13(6) ACKHT 1976 : Perakuan pelupusan aset tidak tertakluk kepada cukai atau dikecualikan daripada bayaran cukai
    2. Pemeroleh
      • CKHT 2A
        Pemerolehan harta tanah atau syer yang tertakluk kepada ACKHT 1976

  2. Maklumat terperinci berkenaan jenis Borang Nyata CKHT dan kaedah pengemukaan Borang Nyata CKHT  boleh dirujuk di Portal Rasmi HASiL > Borang > Muat Turun Borang > CKHT.