🌐 BM | ENG

Kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah

  1. Kadar CKHT adalah berbeza mengikut kategori pelupus dan tempoh pegangan aset. Di bawah Jadual 5 ACKHT pelupus dikategorikan kepada tiga bahagian seperti berikut:
    1. Bahagian I Jadual 5 ACKHT
      Pelupus kategori Bahagian I adalah selain daripada pelupus kategori Bahagian II dan III. Contohnya individu warganegara Malaysia dan perkongsian.
    2. Bahagian II Jadual 5 ACKHT
      Pelupus kategori Bahagian II adalah –
      • syarikat yang diperbadankan di Malaysia
      • pemegang amanah bagi suatu amanah
      • kumpulan orang yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia
    3. Bahagian III Jadual 5 ACKHT
      Pelupus kategori Bahagian III adalah –
      • individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap
      • wasi/pentadbir bagi harta pusaka si mati yang bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap
      • syarikat yang tidak diperbadankan di Malaysia
  2. Bagi tempoh 1.1.2014 sehingga 31.12.2018, CKHT tidak dikenakan kepada pelupus kategori Bahagian I Jadual 5 ACKHT yang melupuskan aset selepas lima tahun dari tarikh pemerolehan aset.
  3. Bagi tempoh 1.1.2019 hingga 31.12.2021, pelupus kategori Bahagian I Jadual 5 ACKHT dikenakan CKHT pada kadar minimum 5% bagi aset yang dilupuskan selepas lima tahun dari tarikh pemerolehan aset.
  4. Walau bagaimanapun, mulai 1.1.2022 CKHT tidak dikenakan kepada pelupus kategori Bahagian I Jadual 5 yang melupuskan aset selepas 5 tahun dari tarikh pemerolehan aset. Manakala kadar cukai bagi pelupus kategori Bahagian II dan III Jadual 5 dikekalkan.
  5. Kadar CKHT bagi pelupus kategori Bahagian I Jadual 5 ACKHT:
Tempoh PeganganTarikh Pelupusan
1.1.2010
hingga
31.12.2011
1.1.2012
hingga
31.12.2012
1.1.2013
hingga
31.12.2013
1.1.2014
hingga
31.12.2018
1.1.2019
hingga
31.12.2021
Mulai
1.1.2022
Dalam tempoh 2 tahun5%*10%**15%***30%30%30%
Dalam tahun ke-35%*5%**10%***30%30%30%
Dalam tahun ke-45%*5%**10%***20%20%20%
Dalam tahun ke-55%*5%**10%***15%15%15%
Dalam tahun ke-6 atau seterusnya(dikecualikan)*(dikecualikan)**(dikecualikan)***0%5%0%
  1. Kadar CKHT bagi pelupus kategori Bahagian II Jadual 5 ACKHT:
Tempoh PeganganTarikh Pelupusan
1.1.2010
hingga
31.12.2011
1.1.2012
hingga
31.12.2012
1.1.2013
hingga
31.12.2013
1.1.2014
hingga
31.12.2018
Mulai 1.1.2019
Dalam tempoh 2 tahun5%*10%**15%***30%30%
Dalam tahun ke-35%*5%**10%***30%30%
Dalam tahun ke-45%*5%**10%***20%20%
Dalam tahun ke-55%*5%**10%***15%15%
Dalam tahun ke-6 atau seterusnya(dikecualikan)*(dikecualikan)**(dikecualikan)***5%10%
  1. Kadar CKHT bagi pelupus kategori Bahagian III Jadual 5 ACKHT:
Tempoh PeganganTarikh Pelupusan
1.1.2010
hingga
31.12.2011
1.1.2012
hingga
31.12.2012
1.1.2013
hingga
31.12.2013
1.1.2014
hingga
31.12.2018
Mulai
1.1.2019
Dalam tempoh 2 tahun5%*10%**15%***30%30%
Dalam tahun ke-35%*5%**10%***30%30%
Dalam tahun ke-45%*5%**10%***30%30%
Dalam tahun ke-55%*5%**10%***30%30%
Dalam tahun ke-6 atau seterusnya(dikecualikan)*(dikecualikan)**(dikecualikan)***5%10%

Nota:

* Pembayaran CKHT bagi tempoh 1.1.2010 hingga 31.12.2011 telah diberi pengecualian melalui melalui Perintah CKHT (Pengecualian) (No.2) 2009 [P.U. (A) 486/2009]

** Pembayaran CKHT bagi tempoh 1.1.2012 hingga 31.12.2012 telah diberi pengecualian melalui melalui Perintah CKHT (Pengecualian) 2011 [P.U. (A) 434/2011]

*** Pembayaran CKHT bagi tempoh 1.1.2013 hingga 31.12.2013 telah diberi pengecualian melalui melalui Perintah CKHT (Pengecualian) 2012 [P.U. (A) 415/2012]