Pelaksanaan pengurusan risiko organisasi di LHDNM dilaksanakan berdasarkan struktur tadbir urus dan tatakelola risiko yang menyeluruh bagi memastikan setiap risiko organisasi dikenal pasti, dinilai, dipantau dan diurus secara sistematik, bersepadu serta selaras dengan objektif strategik organisasi. Struktur pengurusan risiko LHDNM merangkumi dua komponen utama.
- Pengurusan Risiko Organisasi dan disokong oleh tiga fungsi utama:
- Pengurusan Risiko Korporat (Enterprise Risk Management – ERM)
- Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (Business Continuity Management – BCM)
- Keselamatan dan Kesihatan Persekitaran Pekerjaan (KKP) (Occupational Safety, Health and Environment – OSHE).
- Pengurusan Risiko Pematuhan Cukai (Tax Compliance Risk Management – TCRM)
- Kerangka kawalan strategik untuk mengenal pasti, menilai dan mengurus risiko yang boleh menjejaskan tahap pematuhan pembayar cukai terhadap undang-undang dan peraturan percukaian negara.