Pelaksanaan ERM di LHDNM dilaksanakan secara sistematik dan berterusan bagi memastikan setiap risiko organisasi dapat diurus secara cekap, berkesan dan selaras dengan hala tuju strategik organisasi serta kerajaan. 6 kategori risiko utama yang berpotensi memberi impak kepada organisasi meliputi:
- Risiko Strategik;
- Risiko Kewangan;
- Risiko Operasi;
- Risiko Pematuhan;
- Risiko Rasuah; dan
- Risiko Projek.
Keberkesanan pelaksanaan ERM diperkukuh melalui struktur tadbir urus risiko yang menyokong pemantauan, pelaporan, komunikasi dan tindakan pemulihan risiko secara menyeluruh antaranya:
- Pemantapan Tadbir Urus dan Dokumentasi Pengurusan Risiko
- Penyediaan dan semakan semula dokumen pengurusan risiko seperti Manual Pengurusan Risiko dan Pelan Pengurusan Risiko;
- Penetapan kaedah, format dan garis panduan pengurusan risiko; dan
- Penyediaan laporan berkaitan pengurusan risiko kepada Pengurusan Atasan LHDNM.
- Pelaksanaan dan Pemantauan Pengurusan Risiko Korporat LHDNM
- Pengurusan daftar risiko korporat;
- Analisis risiko organisasi dan penyaluran risiko kepada pemilik proses; dan
- Penyediaan serta pemantauan Profil Risiko Korporat Tahunan bagi memastikan tindakan rawatan risiko dilaksanakan.
- Pelaksanaan Komunikasi dan Konsultasi Risiko
- Bertindak sebagai penyelaras antara pemilik risiko dan pemilik proses; dan
- Penglibatan dalam bengkel, kursus, konvensyen dan mesyuarat berkaitan pengurusan risiko.
- Pelaksanaan Program Kesedaran Pengurusan Risiko
- Pelaksanaan Program Risk Alert;
- Bengkel Pengurusan Risiko dan sesi konsultasi bersama Risk Care Officer (RCO Community);
- Taklimat dalam Program Semaian HASiL;
- Perkongsian amalan terbaik melalui libat urus agensi; dan
- Kolaborasi kajian akademik bersama institusi pengajian tinggi.
- Urus Setia Mesyuarat
Pengurusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Risiko (MJKPR) yang diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun.