🌐 BM | ENG

Penyelarasan Risk Tools Dalam Ekosistem Pengurusan Risiko LHDNM

Pengurusan risiko di LHDNM dilaksanakan secara bersepadu melalui pelbagai kaedah dan alat penilaian risiko (risk tools) mengikut skop serta objektif masing-masing.

ERM dan TCRM menggunakan Sistem Pengurusan Maklumat Risiko 2.0 (i-RIS 2.0) sebagai platform pengurusan dan pelaporan risiko bagi menyokong pengenalpastian, penilaian, pemantauan serta pemulihan risiko organisasi dan risiko ketidakpatuhan cukai.

BCM pula memberi fokus kepada kesinambungan operasi melalui Business Impact Analysis (BIA) dan Risk Assessment (RA), manakala OSHE mengurus risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan menggunakan pendekatan HIRARC.

Walaupun menggunakan metodologi dan instrumen yang berbeza, kesemua fungsi ini saling melengkapi dalam memperkukuh tadbir urus, daya tahan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan organisasi secara menyeluruh.