🌐 BM | ENG

Ketua Pegawai Risiko LHDNM

Ketua Pegawai Risiko LHDNM diterajui oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan). Beliau bertanggungjawab memacu pelaksanaan tadbir urus dan pengurusan risiko organisasi secara strategik, sistematik dan bersepadu selaras dengan hala tuju serta objektif organisasi. Beliau juga berperanan untuk memperkukuh budaya kerja berasaskan risiko bagi memastikan risiko organisasi dikenal pasti, dinilai, dipantau dan diurus secara berkesan demi menjamin kesinambungan penyampaian perkhidmatan serta integriti organisasi.