Home Ejen Cukai Pelantikan Ejen Cukai Oleh Pembayar Cukai Peralihan Kepada Lantikan Secara Dalam Talian
Berkuatkuasa 1 Januari 2027, selaras dengan pindaan Seksyen 152A(3) ACP 1967, pembayar cukai yang ingin melantik ejen cukai dikehendaki untuk membuat pelantikan dan pemberian kuasa kepada ejen cukai secara dalam talian melalui MyTax bagi membolehkan ejen cukai menfailkan atau melaksanakan transaksi percukaian secara elektronik bagi pihak pembayar cukai.
Bagi memudahkan proses lantikan ejen cukai mengikut ketetapan baharu di atas, HASiL telah mengeluarkan tawaran melalui e-mel bermula 2 November 2026 – 16 November 2026 kepada pembayar cukai yang memenuhi kriteria yang ditetapkan. Tawaran ini membolehkan pembayar cukai melantik firma dan ejen cukai sedia ada serta memberikan kuasa pemfailan elektronik melalui MyTax. Tawaran ini melibatkan ejen cukai yang sebelum ini diberi kuasa melalui Borang CP55 secara manual.
Cara Menerima atau Menolak Tawaran
Lantikan ejen cukai boleh yang telah diterima boleh disemak semula dari semasa ke semasa dan pembatalan lantikan perlu dilakukan di MyTax sekiranya perkhidmatan ejen cukai ditamatkan.