Bagi mengakses Portal MyInvois atas nama perniagaan / syarikat / organisasi, pengguna perlu memohon peranan di Portal MyTax seperti berikut:
- Pemilik Perniagaan
- Untuk pembayar cukai individu yang menjalankan perniagaan pemilikan tunggal sahaja.
- Pengarah Syarikat / Pentadbir Organisasi
- Untuk semua kategori pembayar cukai kecuali individu yang menjalankan perniagaan pemilikan tunggal dan pentadbir harta pusaka (seperti Perkongsian, Syarikat, Koperasi dan lain-lain).
- Pengarah Syarikat / Pentadbir Organisasi terdahulu perlu membatalkan peranan sebelum Pengarah Syarikat / Pentadbir Organisasi yang baharu boleh membuat permohonan.
- Pentadbir Harta Pusaka
- Untuk Pentadbir Harta Pusaka yang menguruskan harta pusaka simati sahaja.
- Wakil Perniagaan
- Dilantik oleh Pemilik Perniagaan di dalam Portal MyTax miliknya.
- Pemilik Perniagaan perlu memastikan maklumat perniagaan dan maklumat majikan adalah teratur di dalam rekod HASiL sebelum membuat pelantikan Wakil Perniagaan.
- Pemilik Perniagaan boleh melantik dan membatalkan lantikan wakil pada bila-bila masa mengikut keperluan.
- Wakil Pengarah Syarikat / Pentadbir Organisasi
- Dilantik oleh Pengarah Syarikat / Pentadbir Organisasi di dalam Portal MyTax miliknya.
- Pengarah Syarikat / Pentadbir Organisasi boleh melantik dan membatalkan lantikan wakil pada bila-bila masa mengikut keperluan.
[Nota: Pembayar cukai perlu memohon peranan bagi Persekitaran Produksi atau Persekitaran Pengujian secara berasingan]