🌐 BM | ENG

Garis Masa Pelaksanaan e-Invois

e-Invois akan dilaksanakan secara berperingkat untuk memastikan pelaksanaan yang lancar. Pertimbangan dan perancangan yang teliti telah dibuat dengan mengambil kira julat pendapatan atau jualan tahunan, bagi memastikan pembayar cukai mempunyai tempoh masa yang mencukupi untuk menyediakan dan menyesuaikan diri dengan pelaksanaan e-Invois.

Garis masa pelaksanaan e-Invois adalah seperti di bawah:

Sasaran Pembayar CukaiTarikh Pelaksanaan
Pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta1 Ogos 2024
Pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM25 juta dan sehingga RM100 juta1 Januari 2025
Pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM5 juta dan sehingga RM25 juta1 Julai 2025
Pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan sehingga RM5 juta1 Januari 2026

Pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan kurang daripada RM1,000,000 adalah dikecualikan daripada pelaksanaan e-Invois

Nota: Garis masa pelaksanaan e-Invois dikemas kini pada 7 Disember 2025