🌐 BM | ENG

Mengenai e-Invois & Manfaatnya

Pengenalan

Bagi menyokong pertumbuhan ekonomi digital, Kerajaan telah melaksanakan e-Invois secara berperingkat dalam usaha mendigitalkan ekosistem perniagaan di samping meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran cukai di Malaysia. Ini selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 dan diteruskan di dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), di mana salah satu tumpuan utamanya adalah untuk mengukuhkan infrastruktur perkhidmatan digital dan mendigitalkan pentadbiran cukai.

e-Invois membolehkan pengesahan dapat dilaksanakan secara hampir serta-merta dan penyimpanan transaksi bagi urus niaga yang melibatkan Perniagaan-ke-Perniagaan (B2B), Perniagaan-ke-Pengguna (B2C) dan Perniagaan-ke-Kerajaan (B2G).

Mengenai e-Invois

e-Invois merupakan representasi dalam bentuk digital bagi transaksi yang dilaksanakan antara penjual dan pembeli. e-Invois menggantikan penggunaan dokumen kertas atau elektronik seperti dalam format PDF, JPEG, DOC dan lain-lain.

e-Invois mengandungi maklumat penting yang sama seperti dokumen tradisional, contohnya, butiran penjual dan pembeli, keterangan item, kuantiti, harga tanpa cukai, cukai dan jumlah keseluruhan, yang merekodkan data transaksi untuk operasi perniagaan harian.

Manfaat e-Invois

Pelaksanaan e-Invois akan meningkatkan kecekapan dan melancarkan operasi perniagaan pembayar cukai serta meningkatkan tahap pematuhan cukai. Manfaat e-Invois termasuklah: