Majikan bertanggungjawab memaklumkan kepada HASiL dalam tempoh tiga puluh (30) hari sebelum tarikh pemberhentian pekerja sekiranya :
Majikan juga perlu menahan apa-apa bayaran yang kena dibayar kepada pekerja sehingga Surat Penyelesaian Cukai (SPC) dari Pejabat HASiL Penaksiran diterima jika pemberhentian berlaku seperti kes di atas.
Walau bagaimanapun, majikan tidak perlu mengemukakan notis pemberhentian pekerja dan menahan bayaran kepada pekerja sekiranya :
Borang pemakluman pemberhentian pekerja adalah :
Majikan perlu melengkapkan Borang CP21 dan menghantar ke Pejabat HASiL Penaksiran di mana fail pekerja tersebut berada. Borang ini boleh dimuat turun di laman web utama dan klik pada ikon Borang.
Majikan juga perlu menahan apa-apa bayaran yang akan dibuat kepada pekerja sehingga Surat Penyelesaian Cukai (SPC) dari Pejabat HASiL Penaksiran diterima.
Akan tetapi, sekiranya pemergian pekerja tersebut adalah bagi tempoh yang kerap dalam perjalanan penggajiannya, maka majikan tidak perlu menghantar CP21 ke HASiL dan menahan apa-apa bayaran kepada pekerja.
Kegagalan majikan memaklumkan kepada HASiL adalah menjadi satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan, majikan boleh didenda tidak kurang dari RM200 dan tidak melebihi RM2000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali [Seksyen 120(1), Akta Cukai Pendapatan, 1967].
Selain itu, majikan juga akan bertanggungjawab membayar semua cukai tertunggak pekerja-pekerja berkenaan. [Seksyen 107(4), Akta Cukai Pendapatan 1967].
Permohonan boleh dikemukakan dalam keadaan tamat pekerjaan atau operasi perniagaan telah dihentikan buat selama-lamanya.
Permohonan perlulah dibuat secara bertulis dengan mengemukakannya ke Pejabat HASiL di mana fail tuan ditadbir.
Dokumen sokongan bagi menunjukkan sebab-sebab permohonan dikemukakan perlu disertakan bersama.
Keadaan Yang Membolehkan Fail Cukai Ditutup
Permohonan boleh dikemukakan dalam keadaan di mana:
Anda perlu memastikan akaun anda tidak mempunyai baki yang perlu dijelaskan atau baki yang perlu dibayar balik sebelum mengemukakan permohonan penutupan fail cukai pendapatan ke Pejabat HASiL yang mengendalikan fail cukai pendapatan.