Manual
Melalui penghantaran Borang Nyata secara manual ke Seksyen Pengurusan Rekod & Maklumat Percukaian, HASiL.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Seksyen Pengurusan Rekod & Maklumat Percukaian
Jabatan Operasi Cukai
Karung Berkunci 00222
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
Anda disarankan untuk merujuk kepada buku panduan / nota penerangan sebelum mengisi Borang Nyata.
Borang Nyata dan buku panduan / nota penerangan boleh diakses di portal rasmi HASiL, www.hasil.gov.my > Borang > Muat Turun > Individu > pilih Tahun Taksiran. Seterusnya, rujuk Buku Panduan / Nota Penerangan mengikut jenis borang yang berkaitan.
Dalam Talian
Penghantaran secara dalam talian melalui platform e-Filing dalam sistem MyTax, https://mytax.hasil.gov.my.
Berikut merupakan langkah-langkah bagi mengaktifkan akaun sistem MyTax HASiL:
Log Masuk Kali Pertama Yang Telah Berdaftar Tetapi Tiada Sijil Digital
- Sila Pilih Nombor Pengenalan.
- Masukkan Nombor Pengenalan.
- Klik butang Hantar.
- Sistem akan memaparkan Sijil Digital tidak wujud.
- Terdapat dua kaedah untuk meneruskan pendaftaran sijil digital iaitu:
- e-CP55D – permohonan di web.
- e-KYC – pengecaman identiti wajah di mobile.
Tempoh Melapor
Pelaporan Secara Manual
- Bagi penggajian (Borang BE) – sebelum atau pada 30 April setiap tahun
- Bagi perniagaan (Borang B) – sebelum atau pada 30 Jun setiap tahun
Pelaporan Secara Dalam Talian
- Bagi penggajian (Borang e-BE) – sebelum atau pada 15 Mei setiap tahun
- Bagi perniagaan (Borang e-B) – sebelum atau pada 15 Julai setiap tahun
(Tarikh pengemukaan secara online adalah tertakluk kepada keadaan semasa. Semakan boleh dibuat di Program Memfail Borang Nyata di Portal Rasmi HASiL)