🌐 BM | ENG

Penceramah Program Berbayar dan Topik Teknikal

Penceramah Program Berbayar dan Topik Teknikal
(Selain topik yang disenaraikan dalam Program Klik HASiL)

A) Prosedur Permohonan Penceramah / Ahli Panel Lhdnm Bagi Seminar / Taklimat / Program Teknikal

Prosedur Permohonan Penceramah / Ahli Panel LHDNM Bagi Seminar / Taklimat / Program Teknikal

  1. Permohonan rasmi untuk jemputan penceramah hendaklah dikemukakan kepada: (taxeducation@hasil.gov.my) sekurang-kurangnya 30-60 hari bekerja sebelum tarikh program dan dialamatkan kepada:

    Ketua Pegawai Eksekutif, LHDNM
    Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
    Menara HASiL, Aras 18,
    Persiaran Rimba Permai, Cyber 8,
    63000, Cyberjaya, Selangor

  2. Agenda program hendaklah dihantar ke: taxeducation@hasil.gov.my dengan perincian mengenai slot masa, tarikh, dan lokasi program.
  3. Minimum penyertaan dan tempoh sesi bagi penceramah / panelis HASiL adalah seperti berikut:
    Bil. PesertaKaedah ProgramSlot LHDNM (Jam)
    Minimum 30 hingga 49 orang pesertaMayaMinimum 1 hingga 4 jam / Slot setengah hari (termasuk sesi soal jawab)
    Melebihi 50 peserta pesertaMaya / Bersemuka
  4. Borang Permohonan Penceramah Program Berbayar dan Topik Teknikal ini hendaklah dilengkapkan dengan segera bagi tujuan pelantikan pegawai sebelum seminar / persidangan / forum berlangsung.
  5. Sebarang perbelanjaan tambahan seperti kos perjalanan (perjalanan pergi balik) penceramah / panelis LHDNM ke lokasi program atau penginapan di lokasi program adalah tanggungan penganjur (jika berkenaan).

B) Kadar Bayaran Penceramah Bagi Seminar Korporat

Kadar Bayaran Penceramah Bagi Seminar Korporat

JawatanKadar Bayaran Per Jam (RM)
Ketua Pegawai Eksekutif (KPE)RM3,000.00
Timbalan KPERM2,000.00
Pengarah Sektor / JabatanRM1,500.00
Pegawai LHDNM yang dilantikRM1,000.00

Penetapan kadar bayaran korporat adalah berdasarkan:

  1. Profesionalisme pegawai LHDNM mengikut skop / topik pembentangan tertentu;
  2. Penganjuran seminar yang mengenakan bayaran penyertaan kepada peserta; dan
  3. Bayaran korporat adalah berdasarkan kadar jam, dengan minimum caj satu (1) jam.

C) Kaedah Pembayaran Penceramah Korporat LHDNM

Kaedah Pembayaran Penceramah Korporat LHDNM

Semua pembayaran hendaklah diselesaikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois dikeluarkan. Maklumat pembayaran adalah seperti berikut:

Jenis Bank:
CIMB Bank

Sekiranya Bayaran melalui Cek (Akaun Penerima):
Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Malaysia

Nama Pemegang Akaun:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Nombor Akaun:
8000767180

Alamat Penyelaras bagi pihak LHDNM:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Jabatan Khidmat Korporat
Aras 13, Menara HASiL
Persiaran Rimba Permai, Cyber 8
63000 Cyberjaya, Selangor

 

D) Pembatalan Program

Pembatalan Program

Sekiranya seminar / persidangan / forum dibatalkan, pemberitahuan segera hendaklah dihantar ke: taxeducation@hasil.gov.my