Sistem Taksir Sendiri Duti Setem (STSDS)

Pelaksanaan STSDS di Malaysia

  • Sistem Taksir Sendiri Duti Setem diperkenalkan secara berfasa berdasarkan jenis surat cara atau perjanjian mulai 01 Januari 2026 bagi memastikan sistem penyeteman dan pembayaran duti secara kendiri yang lebih cekap dan sistematik.

  • Melalui STSDS, pembayar duti atau ejen yang dilantik perlu :
    1. mempunyai Nombor Pengenalan Cukai (TIN);
    2. log masuk melalui portal MyTax;
    3. memuat naik surat cara yang hendak disetemkan dalam STSDS;
    4. mengisi borang permohonan STSDS;
    5. membuat taksiran sendiri ke atas nilai duti setem bagi surat cara;
    6. membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan; dan
    7. menyimpan surat cara dan semua rekod berkaitan surat cara yang telah disetemkan dalam tempoh 7 tahun dari tarikh duti dibayar.

  • Dengan pelaksanaan STSDS, pembayar duti atau ejen yang dilantik perlu mengemukakan Borang Nyata STSDS bersama-sama surat cara yang hendak disetemkan dan pengemukaan tersebut disifatkan telah ditaksir oleh Pemungut pada masa ia dikemukakan ke LHDNM.

Garis Masa Pelaksanaan STSDS

Fasa

Tarikh Pelaksanaan

Jenis Suratcara

Fasa 1

01 Januari 2026

Sewa / Pajakan, Sekuriti  dan Penyeteman Am

Fasa 2

01 Januari 2027

Pindah Milik Harta Tanah (tidak melibatkan nilaian JPPH)

Fasa 3

01 Januari 2028

Selain daripada kategori suratcara dalam Fasa 1 dan 2

Manfaat STSDS

  1. Meningkatkan kecekapan sistem pengenaan duti
    • Pemprosesan duti bersepadu melalui pengemukaan borang, taksiran dan bayaran secara elektronik secara terus melalui integrasi sistem yang lancar. Proses duti setem akan menjadi lebih ringkas, cepat, mudah dan terjamin.
    • Taksiran duti setem dibangkitkan semasa pengemukaan Borang Nyata STSDS dan bayaran boleh dibuat pada yang sama tanpa perlu menunggu Notis taksiran dikeluarkan oleh LHDNM.
    • Contoh negara yang telah melaksanakan STSDS adalah Singapura, Hong Kong, United Kingdom, Ireland dan Australia.

  2. Meningkatkan pengetahuan ke atas surat cara dan meningkatkan pematuhan oleh pembayar duti
    Pembayar duti dapat mengenalpasti surat cara serta pengenaan duti yang tepat sekaligus meningkatkan pengetahuan dan pematuhan terhadap peruntukan Akta Setem 1949.
Di lawati :
Kemaskini : : 2021-02-10 10:18:32