🌐 BM | ENG

Kaedah Pembayaran

Pengenalan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran Selain Daripada Nombor Pengenalan Cukai (TIN)

Dimaklumkan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah memperkenalkan penggunaan Nombor Bil sebagai rujukan mandatori bagi urusan pembayaran semua jenis cukai langsung kecuali bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Duti Setem bermula 1 Januari 2023.

Walau bagaimanapun, penggunaan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) sebagai rujukan bayaran masih digunapakai bagi tempoh peralihan sehingga dimaklumkan kelak.

Perkhidmatan ini menggunakan FPX sebagai Gateway untuk pengguna membayar cukai. Pengguna perlu mempunyai akaun perbankan internet dengan mana-mana bank yang menyertai FPX. Sila klik pautan berikut bagi senarai bank yang terlibat: Sila layari: ByrHASiL (menggunakan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) atau Nombor Bil) Had amaun bagi setiap transaksi bayaran bagi perkhidmatan FPX di ByrHASiL adalah seperti berikut:
JENIS AKAUN HAD TRANSAKSI
Individu RM5 Juta (Had sebelum itu RM500 ribu)
Korporat / Perniagaan RM250 Juta (Had sebelum itu RM100 juta)
Walau bagaimanapun, had transaksi bayaran ini juga bergantung kepada had pengeluaran/transaksi maksimum yang telah ditetapkan oleh pemilik akaun atau bank berkaitan. Sebagai contoh, walaupun had transaksi bagi individu menerusi FPX di ByrHASiL adalah sebanyak RM500 ribu, tetapi had pengeluaran maksimum akaun bank pembayar cukai ditetapkan sebanyak RM50 ribu, pembayar cukai masih tidak dapat membuat bayaran sekali gus kerana telah melebihi had pengeluaran maksimum yang ditetapkan. Pembayar cukai perlu berurusan dengan bank bagi peningkatan had transaksi berkenaan. e-PCB Plus log masuk dan pilih peranan
LHDNM telah melaksanakan penamatan penerimaan instrumen bayaran cukai secara manual (tunai, cek dan bank deraf) bagi semua bayaran cukai langsung di Pusat Pengurusan Terimaan Hasil (PPTH) Kuching dan Kota Kinabalu bermula 01 Februari 2024. Hanya PPTH Kuala Lumpur sahaja yang akan menerima instrumen bayaran cukai secara manual. Bagi jenis bayaran cukai berikut:
No. Jenis Bayaran Cukai Medium Bayaran Rujukan Bayaran
1. Bayaran Kompaun Tunai Bank draft Nombor Bil
2. Cukai Pendapatan sahaja Kad Kredit / Kad Debit yang dikeluarkan dalam Malaysia sahaja Nombor Bil
Caj Pentadbiran bayaran cukai menggunakan kad kredit sebanyak 0.8% ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan bermula 2 Disember 2024. Lain-lain bayaran yang tidak disenaraikan seperti perenggan diatas akan dihentikan penerimaannya di kaunter Pusat Pengurusan Terimaan HASiL dan hanya boleh dibuat melalui kaedah bayaran seperti berikut:
  1. Portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my melalui ‘Perkhidmatan ezHasil’ > ‘ByrHASiL’
  2. Portal perbankan internet bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan HASiL
  3. Kaunter Pos Malaysia dan bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan HASiL
  4. Mesin deposit tunai bank yang dilantik sebagai ejen kutipan HASiL
  5. Mesin juruwang automatik (ATM) bank yang dilantik sebagai ejen kutipan HASiL
LHDNM telah melaksanakan pemberhentian penerimaan cek dan Money Order/Postal Order (MOPO) sebagai instrumen terimaan bagi bayaran cukai langsung di semua Pusat Pengurusan Terimaan Hasil (PPTH) LHDNM, Kaunter Bayaran Duti Setem, Bank dan Pejabat Pos yang menjadi ejen kutipan bayaran LHDNM bermula 1 Ogos 2023. Pelaksanaan ini terpakai bagi semua jenis bayaran cukai langsung kecuali;
  • Bayaran Cukai Pendapatan bagi bayaran pendahuluan dan ansuran kes Audit, Siasatan dan Guaman Sivil menggunakan Cek/ Post Dated Cheque (PDC) yang telah dikemukakan kepada LHDNM sebelum 1 Ogos 2023.

Kaunter Pusat Pengurusan Terimaan Hasil Kuala Lumpur (PPTH KL) menyediakan kaedah bayaran menggunakan kad kredit dan kad debit.

Perkhidmatan ini boleh digunakan untuk semua kad kredit VISA dan Mastercard yang dikeluarkan di Malaysia.

Kod bayaran yang dibenarkan bagi bayaran Kad Kredit/Kad Debit di Kaunter Pusat Pengurusan Terimaan Hasil (individu) adalah seperti berikut:

ItemKod BayaranKeterangan
1084Bayaran Ansuran Cukai/ Baki Cukai Individu
2088Pendahuluan / Ansuran Cukai Komposit
3095Bayaran Cukai Pendapatan (tidak termasuk skim ansuran)
4150Bayaran Kenaikan Seksyen 103A / 103
5153Bayaran Kenaikan Komposit
6154Bayaran Kenaikan Seksyen 107C(9) / 107B(3)
7155Bayaran Kenaikan Seksyen 107C(10) / 107B(4)
8156Bayaran Kos Mahkamah
9157Bayaran Faedah Atas Hutang Hukuman
10158Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Audit
11159Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Unit Pemungutan
12160Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Unit Guaman Sivil
13173Bayaran Kos Guaman
14196Bayaran Penyelesaian Cukai
15197Bayaran Penyelesaian Cukai – Majikan
16259Bayaran Seniman Kembara
17351Bayaran Semula Pampasan 2%
18353Bayaran Kenaikan Pampasan 2%
19361Bayaran Penalti Khas Subseksyen 113(1)/114(1)
20362Bayaran Taksiran LBATA (Kadar Tetap RM 20,000.00)

Bayaran di Kaunter

Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)

Bermula 1 Ogos 2023, LHDNM telah melaksanakan pemberhentian penerimaan cek, Bank Draft dan Money Order/Postal Order (MOPO) sebagai instrumen terimaan bagi bayaran cukai langsung di semua Kaunter Bayaran Bank dan Pejabat Pos yang menjadi ejen kutipan bayaran LHDNM.

Selaras dengan pelaksanaan penggunaan Nombor Bil sebagai rujukan mandatori bagi urusan pembayaran semua jenis cukai langsung bermula 1 Januari 2023, berikut adalah maklumat jenis perkhidmatan, jenis bayaran, caj serta rujukan bayaran bagi ejen kutipan hasil;

Bank EjenJenis PerkhidmatanJenis BayaranCaj Yang DikenakanRujukan Bayaran
Public BankBayaran Cukai Pendapatan & CKHTIBG
(Current Account)
Tiada caj yang dikenakanNombor Bil
Affin BankIBG
(Current Account)
Tiada caj yang dikenakanNombor Pengenalan Cukai (TIN)
BSN – Dihentikan sementara berikutan pelaksanaan proses menaik taraf penambahbaikan perkhidmatan di pihak bank bermula 30/8/2023TunaiTiada caj yang dikenakanNombor Pengenalan Cukai (TIN)
IBG
(Current Account)
MaybankTunaiRM1.00Nombor Bil
CIMB BankTunai
(Lock Amaun)
Tiada caj yang dikenakanNombor Bil
IBG
(Current Account)
(Lock Amaun)
Pos MalaysiaTunaiTiada caj yang dikenakanNombor Bil
RHBIBG
(Current Account)
Tiada caj yang dikenakanNombor Bil

Bank mengenakan caj tertentu bagi bayaran menggunakan tunai di kaunter perkhidmatan seperti jadual di atas.

Maklumat berikut perlu diisi ke dalam slip bayaran di bank:

Bayaran menggunakan Nombor Bil/Nombor Pengenalan Cukai (TIN) sebagai rujukan bayaran:

TINNombor Bil
  1. Kod Bayaran
  2. Nama Pembayar Cukai/Majikan
  3. No. Rujukan Cukai/No Rujukan Majikan
  4. No. Kad Pengenalan
  5. Tahun Taksiran bagi bayaran yang dibuat/Tahun dan Bulan potongan bagi bayaran PCB
  6. Amaun bayaran
  1. Nombor Bil
  2. Amaun bayaran

Bayaran PCB

Bayaran PCB boleh dibuat di saluran bayaran seperti berikut (setelah penghantaran data dibuat melalui sistem perkhidmatan PCB (e-PCB Plus) seperti e-Data PCB, e-PCB atau e-CP39 (Rujuk maklumat saluran bayaran pada Slip Pengesahan Data):

  • Financial Process Exchange (FPX)
  • Kaunter Bank/Automated Teller Machine (ATM)
  • IBG/RENTAS/Telegraphic Transfer (TT)/Cash Transfer

Bayaran melalui portal perbankan internet bank

Kemudahan pembayaran CP, CKHT dan PCB turut disediakan melalui portal perbankan internet ejen kutipan HASiL yang telah dilantik seperti berikut:

BankJenis Bayaran
Cukai PendapatanCKHTPCB
Alliance BankYaYaYa
CIMB BankYaYaYa
CitibankYa
(Cukai Syarikat sahaja)
Ya
(Cukai Syarikat sahaja)
Ya
Hong Leong BankYaYaYa
MaybankYaYaYa
Public BankYaYaYa
RHB BankYaYaYa
POS Malaysia
AmbankYa
OCBC BankYa
HSBC BankYa
Bank IslamDihentikan sementara berikutan pelaksanaan proses menaik taraf penambahbaikan perkhidmatan di pihak bankYa
Bank Simpanan NasionalDihentikan sementara berikutan pelaksanaan proses menaik taraf penambahbaikan perkhidmatan di pihak bank bermula 30/8/2023Ya
Agro BankYa
MBSB BankYaYaYa
Affin BankYa
JP Morgan Chase BerhadYaYaYa
Bank MuamalatYaYaYa

Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah Individu boleh dilakukan melalui Auto Teller Machine (ATM) di bank-bank berikut:

BankRujukan Bayaran
1. Public BankTIN
2. MaybankNombor Bil
3. CIMB BankNombor Bil
4. RHB BankNombor Bil

Bagi membolehkan pembayaran melalui mesin ATM, pembayar cukai perlu memiliki kad ATM bagi bank berkenaan dan maklumat yang diperlukan untuk melaksanakan transaksi bayaran adalah nombor rujukan cukai (TIN)/ Nombor Bil.

Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah melalui perkhidmatan tele-perbankan disediakan melalui;

  • Bayaran CP melalui telefon bimbit disediakan melalui aplikasi Perbankan Mudah Alih RHB – (individu sahaja)

Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah individu hanya disediakan di CIMB Bank dengan menggunakan Nombor Bil sebagai rujukan bayaran bermula 16 Ogos 2023.

LHDNM telah memperkenalkan Sistem e-TT bermula 1 April 2022 bagi bayaran cukai pendapatan melalui kaedah pindahan Telegraphic Transfer (TT)/ Electronic Funds Transfer (EFT) dan Interbank Giro (IBG) dari dalam dan luar negara.

Pelaksanaan penambahbaikan Sistem e-TT telah dilaksanakan bermula 22 Julai 2025 yang melibatkan pilihan janaan nombor VA menggunakan nombor Bil serta penghantaran resit bayaran melalui emel.

e-TT merupakan sistem yang akan menjana Nombor Akaun Maya (Virtual Account Number (VA) sebagai identiti pengenalan bayaran. Pembayar cukai yang hendak membuat bayaran cukai menerusi kaedah pindahan telegrafik (TT) dari dalam dan luar negara dikehendaki untuk mengakses Sistem e-TT yang boleh dicapai di Portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my melalui ‘Perkhidmatan ezHasil’ > ‘e-TT’ dan mengisi maklumat bayaran dengan lengkap sebelum penjanaan Nombor Virtual Account (VA). Nombor VA yang diberikan perlu digunakan sebagai nombor akaun semasa membuat bayaran.

Sistem ini diperkenalkan bagi bayaran cukai pendapatan, cukai petroleum, Bayaran Kompaun dan Cukai Pegangan.

Bayaran cukai menggunakan VA dari Sistem e-TT boleh dilakukan melalui:

  • Portal perbankan internet menerusi IBG/RENTAS/Pindahan Telegrafik /Pindahan Wang
  • Kaunter Bank: IBG/RENTAS/Pindahan Telegrafik /Pindahan Wang sahaja*
    *Bayaran secara tunai dan cek tidak dibenarkan
  • Mesin Wang Automatik (Automated Teller Machine (ATM)

Resit bayaran akan dikeluarkan berdasarkan kepada maklumat yang diterima di Portal eTT serta nombor bil. Tiada pindaan resitan bagi maklumat seperti perubahan/tambahan nama pembayar, nama penerima, pindaan no. rujukan, kod bayaran, tahun taksiran dan maklumat-maklumat lain. Pembayar cukai perlu merujuk kepada Pejabat HASiL bagi permohonan pindaan/pelarasan resit.

Jadual Kod Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)
Item Kod Bayaran Keterangan
1 084 Bayaran Ansuran Cukai/ Baki Cukai Individu
2 086 Bayaran Ansuran Cukai Syarikat
3 088 Pendahuluan / Ansuran Cukai Komposit
4 090 Bayaran Cukai Keuntungan Harta Tanah
5 095 Bayaran Cukai Pendapatan (tidak termasuk skim ansuran)
6 150 Bayaran Kenaikan Seksyen 103A / 103
7 151 Bayaran Seksyen 108
8 152 Bayaran Kenaikan Seksyen 108
9 153 Bayaran Kenaikan Komposit
10 154 Bayaran Kenaikan Seksyen 107C(9) / 107B(3)
11 155 Bayaran Kenaikan Seksyen 107C(10) / 107B(4)
12 156 Bayaran Kos Mahkamah
13 157 Bayaran Faedah Atas Hutang Hukuman
14 158 Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Audit
15 159 Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Unit Pemungutan
16 160 Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Unit Guaman Sivil
17 173 Bayaran Kos Guaman
18 178 Bayaran Seksyen 108 (Sek 25)
19 181 Bayaran Kenaikan Seksyen 25
20 196 Bayaran Penyelesaian Cukai
21 197 Bayaran Penyelesaian Cukai – Majikan
22 250 Bayaran Kenaikan CKHT Oleh Pelupus
23 286 Bayaran Kenaikan CKHT Oleh Pemeroleh
24 092 Bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB)
25 253 Bayaran Faedah Atas Hutang Mahkamah – CKHT
26 254 Bayaran Ansuran (Audit) – CKHT
27 255 Bayaran Ansuran (Unit Pemungutan) – CKHT
28 256 Bayaran Ansuran (Unit Guaman Sivil) – CKHT
29 257 Bayaran Kos Guaman – CKHT
Bank Ejen Bayaran CP / CKHT Bayaran PCB
Kaunter ATM Perbankan Internet Perbankan Telefon / Mobile Mesin Deposit Tunai (CAM) Rujukan Bayaran Kaunter Perbankan Internet***
Alliance Bank Ya No Bil IBG* Ya
Affin Bank Ya TIN IBG* Ya
CIMB Bank Ya (Tunai & Debit Akaun) ‘lock’ amaun Ya Ya ‘lock’ amaun Ya No Bil Tunai / IBG* Ya
Citibank Dihentikan sementara berikutan pelaksanaan proses menaik taraf penambahbaikan perkhidmatan di pihak bank IBG* Ya
Hong Leong Bank Ya No Bil IBG* Ya
Maybank Ya Ya Ya No Bil IBG* Ya
Public Bank Ya (Debit Akaun sahaja) Ya ‘lock’ amaun Ya Ya No Bil IBG* Ya
RHB Bank Ya (Debit Akaun sahaja) Ya Ya (Individu sahaja) Ya No Bil IBG* Ya
POS Malaysia Ya (Tunai sahaja) No Bil Tunai sahaja**
Ambank IBG* Ya
OCBC Bank IBG* Ya
HSBC Bank IBG* Ya
Bank Islam Dihentikan sementara berikutan pelaksanaan proses menaik taraf penambahbaikan perkhidmatan di pihak bank IBG* Ya
Bank Rakyat Dihentikan sementara berikutan pelaksanaan proses menaik taraf penambahbaikan perkhidmatan di pihak bank IBG* Ya
Bank Simpanan Nasional Dihentikan sementara berikutan pelaksanaan proses menaik taraf penambahbaikan perkhidmatan di pihak bank bermula 30/8/2023
Agro Bank IBG* Ya
MBSB Bank Ya No Bil IBG* Ya
J.P. Morgan Chase Berhad Ya No Bil IBG* Ya
Bank Muamalat Ya No Bil IBG* Ya