🌐 BM | ENG

Derma / Hadiah

Potongan Dibenarkan Daripada Pendapatan Agregat
Bil Sumbangan Catatan
1 Derma/Hadiah wang kepada Kerajaan/Kerajaan Tempatan. Subseksyen
44(6)
2 Derma/Hadiah wang kepada institusi/organisasi yang diluluskan.

(Amaun adalah terhad kepada 10% daripada pendapatan agregat)
Subseksyen
44(6)
3 Derma/Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada aktiviti sukan atau Badan Sukan yang diluluskan.

(Amaun adalah terhad kepada 10% daripada pendapatan agregat)
Subseksyen
44(11B)
4 Derma/Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada projek berkepentingan Negara yang diluluskan.

(Amaun adalah terhad kepada 10% daripada pendapatan agregat)
Subseksyen
44(11C)
5 Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan. Subseksyen
44(6A)
6 Derma/Hadiah wang untuk kemudahan perpustakaan atau kepada perpustakaan. Subseksyen
44(8)
7 Derma/Hadiah wang atau sumbangan manfaat bagi menyediakan kemudahan di tempat awam untuk orang yang kurang upaya. Subseksyen
44(9)
8 Derma/Hadiah wang atau kos peralatan perubatan kepada mana-mana badan rawatan kesihatan. Subseksyen
44(10)
9 Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau Balai Seni Lukis Negeri. Subseksyen
44(11)