🌐 BM | ENG

Lapor Pendapatan

Manual

Melalui penghantaran Borang Nyata secara manual ke Seksyen Pengurusan Rekod & Maklumat Percukaian, HASiL.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Seksyen Pengurusan Rekod & Maklumat Percukaian
Jabatan Operasi Cukai
Karung Berkunci 00222
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

Anda disarankan untuk merujuk kepada buku panduan / nota penerangan sebelum mengisi Borang Nyata.

Borang Nyata dan buku panduan / nota penerangan boleh diakses di portal rasmi HASiL, www.hasil.gov.my > Borang > Muat Turun > Individu > pilih Tahun Taksiran. Seterusnya, rujuk Buku Panduan / Nota Penerangan mengikut jenis borang yang berkaitan.

Dalam Talian

Penghantaran secara dalam talian melalui platform e-Filing dalam sistem MyTax, https://mytax.hasil.gov.my.

Berikut merupakan langkah-langkah bagi mengaktifkan akaun sistem MyTax HASiL:

Log Masuk Kali Pertama Yang Telah Berdaftar Tetapi Tiada Sijil Digital

  1. Sila Pilih Nombor Pengenalan.
  2. Masukkan Nombor Pengenalan.
  3. Klik butang Hantar.
  4. Sistem akan memaparkan Sijil Digital tidak wujud.
  5. Terdapat dua kaedah untuk meneruskan pendaftaran sijil digital iaitu:
    • e-CP55D – permohonan di web.
    • e-KYC – pengecaman identiti wajah di mobile.
Tempoh Melapor

Pelaporan Secara Manual

  1. Bagi penggajian (Borang BE) – sebelum atau pada 30 April setiap tahun
  2. Bagi perniagaan (Borang B) – sebelum atau pada 30 Jun setiap tahun

Pelaporan Secara Dalam Talian

  1. Bagi penggajian (Borang e-BE) – sebelum atau pada 15 Mei setiap tahun
  2. Bagi perniagaan (Borang e-B) – sebelum atau pada 15 Julai setiap tahun

(Tarikh pengemukaan secara online adalah tertakluk kepada keadaan semasa. Semakan boleh dibuat di Program Memfail Borang Nyata di Portal Rasmi HASiL)