Manual
Mulai 1 Januari 2024, permohonan pendaftaran Nombor Pengenalan Cukai (TIN) individu hendaklah dilakukan secara dalam talian melalui aplikasi e-Daftar di Portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my.
Automatik
Pendaftaran TIN Automatik :
Pendaftaran TIN bagi individu warganegara dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun dan ke atas adalah secara automatik melalui data yang diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara.
Semakan TIN yang telah didaftarkan boleh dibuat melalui kaedah berikut :
- Portal MyTax di pautan https://mytax.hasil.gov.my;
- Hasil Contact Centre di talian 03-89111000 / 603-89111100 (Luar Negara); atau
- Mana-mana pejabat HASiL yang berhampiran.
Dalam Talian (e-Daftar)
Mulai 1 Januari 2024, permohonan TIN individu hendaklah dilakukan secara dalam talian (online) melalui aplikasi e-Daftar di Portal MyTax, https://mytax.hasil.gov.my bagi kategori berikut:
| BIL. | KATEGORI INDIVIDU | JENIS FAIL | DOKUMEN SOKONGAN |
|---|
| 1. | Bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap / individu luar negara | IG | - Salinan pasport (masih dalam tempoh sah); atau
- Dokumen berkaitan seperti salinan pas lawatan, salinan kad UNHCR, salinan pas IMM13, nombor pengenalan diri negara asal, nombor pengenalan lain atau lain-lain dokumen; dan
- Salinan sijil pendaftaran perniagaan milikan tunggal / perkongsian yang dikeluarkan oleh SSM
- Salinan perjanjian / perjanjian usaha sama yang disetemkan; atau
- Salinan perjanjian perkongsian yang tidak menggabungkan sumber, keuntungan / rugi, aset dan menjalankan aktiviti yang berasingan; atau
- Salinan sijil pendaftaran dari badan pendaftar / badan profesional yang diiktiraf;
* Semua item (iii) – (vi) bagi individu yang menjalankan perniagaan sahaja |
| 2. | Pemastautin Sementara | IG | - Salinan Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (MyKAS)
- Salinan sijil pendaftaran perniagaan milikan tunggal / perkongsian yang dikeluarkan oleh SSM
- Salinan perjanjian / perjanjian usaha sama yang disetemkan; atau
- Salinan perjanjian perkongsian yang tidak menggabungkan sumber, keuntungan / rugi, aset dan menjalankan aktiviti yang berasingan; atau
- Salinan sijil pendaftaran dari badan pendaftar / badan profesional yang diiktiraf;
* Semua item (ii) – (v) bagi individu yang menjalankan perniagaan sahaja |