Kes tidak kena cukai adalah apabila pembayar cukai mengemukakan BNCP kepada KPHDN di bawah subseksyen 77(1) atau 77A(1) ACP dan didapati tiada pendapatan bercukai. Bagi kes tidak kena cukai ini, pembayar cukai boleh membuat permohonan bertulis kepada KPDHN untuk meminda BNCP itu:
jika terdapat kesilapan atau khilaf dan ia adalah seperti permohonan relif di bawah seksyen 131 ACP yang dinyatakan di perenggan 1 hingga 4 di atas;
ATAU
jika dalam keadaan bukan kesilapan atau khilaf dan ia adalah seperti permohonan relif di bawah seksyen 131A ACP yang dinyatakan di perenggan 5 hingga 7 di atas.
Bagi penjelasan dan maklumat lanjut berkaitan permohonan relif, sila rujuk kepada
Ketetapan Umum No.7/2020 (308.83 KB) (Rayuan Terhadap Sesuatu Taksiran Dan Permohonan Relif).