Kemaskini Maklumat
Bilakah kemaskini perlu dilakukan?
Anda dinasihatkan memaklumkan pihak HASiL dengan kadar segera apabila terdapat perubahan ke atas sebarang maklumat peribadi anda. Diantara maklumat yang perlu dikemaskini sekiranya terdapat perubahan adalah:
- Alamat surat menyurat/alamat kediaman
- Nombor telefon untuk dihubungi
- Taraf perkahwinan
- Maklumat ejen cukai (jika berkenaan)
Bagaimana melakukan kemaskini maklumat anda?
Bagi tujuan mengemaskini alamat surat menyurat, sila gunakan Borang Permohonan Pertukaran Alamat iaitu CP600B (284.34 KB) bagi tujuan tersebut.
Bagi tujuan mengemaskini maklumat peribadi anda yang lain, anda dikehendaki mengemukakannya melalui satu surat pemberitahuan beserta dokumen yang berkaitan ke Pejabat HASiL berkenaan, secara on-line melalui e-Kemaskini atau melalui Borang Maklumbalas di laman web hasil www.hasil.gov.my.