Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menjemput sebarang komen ke atas cadangan “Ketetapan Umum: Pencukaian Petroleum Huluan – Perkongsian Berterusan dan Berdampingan”. Tujuan utama konsultasi awam ini dibuat adalah bagi mendapatkan pandangan daripada pihak berkepentingan mengenai isu yang berkaitan dengan Ketetapan Umum tersebut.
Harap maklum bahawa semua pandangan serta komen diterima boleh dibuat secara umum dan akan dipertimbangkan. Konsultasi umum bagi ketetapan umum ini dibuka mulai 29 Julai 2026 hingga 11 Ogos 2026 (14 hari) dan hendaklah dihantar ke kufeedback@hasil.gov.my.
Klik di sini untuk muat turun (585.79 KB)