🌐 BM | ENG

Pengurusan Risiko Korporat (ERM)

Pelaksanaan ERM di LHDNM dilaksanakan secara sistematik dan berterusan bagi memastikan setiap risiko organisasi dapat diurus secara cekap, berkesan dan selaras dengan hala tuju strategik organisasi serta kerajaan. 6 kategori risiko utama yang berpotensi memberi impak kepada organisasi meliputi:

  1. Risiko Strategik;
  2. Risiko Kewangan;
  3. Risiko Operasi;
  4. Risiko Pematuhan;
  5. Risiko Rasuah; dan
  6. Risiko Projek.

Keberkesanan pelaksanaan ERM diperkukuh melalui struktur tadbir urus risiko yang menyokong pemantauan, pelaporan, komunikasi dan tindakan pemulihan risiko secara menyeluruh antaranya:

  1. Pemantapan Tadbir Urus dan Dokumentasi Pengurusan Risiko
    • Penyediaan dan semakan semula dokumen pengurusan risiko seperti Manual Pengurusan Risiko dan Pelan Pengurusan Risiko;
    • Penetapan kaedah, format dan garis panduan pengurusan risiko; dan
    • Penyediaan laporan berkaitan pengurusan risiko kepada Pengurusan Atasan LHDNM.

  2. Pelaksanaan dan Pemantauan Pengurusan Risiko Korporat LHDNM
    • Pengurusan daftar risiko korporat;
    • Analisis risiko organisasi dan penyaluran risiko kepada pemilik proses; dan
    • Penyediaan serta pemantauan Profil Risiko Korporat Tahunan bagi memastikan tindakan rawatan risiko dilaksanakan.

  3. Pelaksanaan Komunikasi dan Konsultasi Risiko
    • Bertindak sebagai penyelaras antara pemilik risiko dan pemilik proses; dan
    • Penglibatan dalam bengkel, kursus, konvensyen dan mesyuarat berkaitan pengurusan risiko.

  4. Pelaksanaan Program Kesedaran Pengurusan Risiko 
    • Pelaksanaan Program Risk Alert;
    • Bengkel Pengurusan Risiko dan sesi konsultasi bersama Risk Care Officer (RCO Community);
    • Taklimat dalam Program Semaian HASiL;
    • Perkongsian amalan terbaik melalui libat urus agensi; dan
    • Kolaborasi kajian akademik bersama institusi pengajian tinggi.

  5. Urus Setia Mesyuarat
    Pengurusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Risiko (MJKPR) yang diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun.