🌐 BM | ENG

Komponen Tadbir Urus Korporat Dan Kerangka Pengurusan Risiko LHDNM

Dalam usaha merealisasikan visi LHDNM sebagai pentadbir cukai berprestasi tinggi yang menyumbang kepada pembangunan negara, tadbir urus korporat menjadi elemen utama dalam memastikan pengoperasian yang telus dan berakauntabiliti.

Ia memberikan jaminan kepada semua pemegang taruh bahawa LHDNM merupakan badan pentadbir cukai yang sentiasa mengamalkan amalan tadbir urus terbaik serta berintegriti tinggi.

Tiga elemen utama yang menjadi asas kepada tadbir urus cemerlang di LHDNM adalah:

  • Pengurusan Integriti
  • Pengurusan Risiko
  • Kawalan Dalaman