Home Institusi/Organisasi/Tabung Bukan Berasaskan Keuntungan Info Permohonan Penjelasan Aktiviti Yang Layak
Penjelasan Terhadap Aktiviti Yang Layak Dipertimbangkan Oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN) Dibawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967)
| Peruntukan/ Katagori | Definisi/Amalan | Contoh Aktiviti Yang Layak |
|---|---|---|
| Subseksyen 44(7) – Institusi | Ditubuhkan di dalam Malaysia. Beroperasi dan berjalan bukan berasaskan keuntungan. Institusi perlu berdaftar samada dengan SSM, ROS , BHEE atau mana-mana perundangan bertulis di Malaysia. Institusi berkait dengan pendidikan , kesihatan, amal, penyelidikan/ pencegahan/ pengubatan penyakit. | Khususnya seperti hospital awam, institusi kebajikan/khairal/amal, universiti/institusi awam atau lain-lain institusi pendidikan awam, pihak berkuasa awam atau persatuan yang semata-matanya menjalankan kerja-kerja penyelidikan untuk pencegahan penyakit berkait dengan manusia, badan bantuan kerajaan berkait dengan kajian sosio-ekonomi atau institusi latihan teknikal/vokasional |
| Subseksyen 44(7) – Organisasi | Ditubuhkan di dalam Malaysia. Beroperasi dan berjalan bukan berasaskan keuntungan. Organisasi selalunya dikawal oleh sebuah badan induk atau berpusat. Mempunyai entiti secara fizikal dan perlu berdaftar di mana-mana badan / agensi dibawah undang-undang bertulis di Malaysia. Antaranya ialah SSM, ROS, BHEUU dll . Organisasi perlu mempunyai perlembagaan, objektif dan struktur organisasi yang jelas. Organisasi ditadbir menerusi peraturan dan undang-undang. | Ditubuhkan bukan bermotifkan keuntungan yang membantu dan menawarkan bantuan kewangan pendidikan, melaksanakan objektif organisasi, mengurangkan tekanan orang awam, penyembahan atau pengembangan agama dan ibadah , pengurusan bangunan rumah ibadah, pengurusan zoo, museum,galeri seni, pemuliharaan dan perlindungan haiwan, organisasi bantuan kerajaan (kerjasama awam/swasta) berkait dengan isu industri / pengkomersialan, mempromosikan perpaduan kebangsaan, pemuliharan alam sekitar,organisasi antarabangsa yang diluluskan oleh Menteri, Projek ke arah kemajuan dan pembangunan ICT, aktiviti pengumpulan dana membantu rakyat yang kurang kemampuan untuk pembiayaan rawatan perubatan penyakit serius, |
| Subseksyen 44(7) – Tabung | Ditubuhkan oleh institusi/organisasi induk untuk melaksanakan dan mencapai objektif. Tabung bukan ditubuhkan untuk keuntungan Objektif dan misi tabung mestilah spesifik dan mempunyai fokus yang jelas. Perkara ini perlu diterangkan dalam peraturan tabung . Peraturan tabung mestilah disetemkan sebagai katagori penyeteman am. |
|
PENAFIAN: Nota ini hanya bertujuan bagi memberikan penjelasan umum terhadap persoalan berbangkit sahaja. Ia tidak boleh digunakan bagi tujuan rujukan kes kepada persoalan fakta dan kes undang-undang. Layanan terhadap persoalan fakta adalah mengikut peruntukan undang-undang dan garis panduan sedia ada. Nota Amalan ini hanya memberikan panduan dan penjelasan umum bagi tujuan kefahaman , pendidikan dan kesedaran semata-mata.