🌐 BM | ENG

Peringatan Penipuan

SCAM ALERT – Waspada Penipuan Percukaian

HASiL menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap sindiket penipuan yang menyalahgunakan nama HASiL.

Modus Operandi Penipuan
  • Tunggakan Cukai
    Mangsa dimaklumkan mempunyai tunggakan dan diminta membuat bayaran ke akaun bukan milik HASiL atau berkongsi maklumat perbankan.
  • Kes Jenayah & Pengubahan Wang Haram
    Mangsa dituduh terlibat aktiviti jenayah, kemudian diarahkan memindahkan wang ke akaun “selamat” oleh individu yang menyamar sebagai pegawai HASiL.
  • Lawatan Audit / Siasatan
    Individu menyamar sebagai pegawai HASiL dan meminta bayaran cukai tambahan ke akaun tidak sah.
  • Pelaburan / Saham
    Mangsa diminta membayar “cukai keuntungan” bagi pelaburan yang tidak wujud.
  • Bayaran Balik Cukai
    E-mel palsu menawarkan bayaran balik dan meminta mangsa klik pautan serta mengisi butiran perbankan.
Langkah Pencegahan
  • Sahkan maklumat melalui saluran rasmi HASiL:
    • HASiL Contact Centre: 03-8911 1000
    • Live Chat (HAFY TaxAssist)
    • Borang Maklum Balas Pelanggan
    • Pejabat HASiL berhampiran
  • Jangan dedahkan maklumat sulit atau butiran perbankan (termasuk kata laluan)
  • Jangan layan panggilan, SMS, e-mel atau surat mencurigakan
  • Jangan klik pautan atau muat turun aplikasi daripada sumber tidak sah/ rasmi
  • Pastikan bayaran cukai dibuat hanya kepada HASiL
  • Semak Rangka Kerja Pungutan Cukai, Rangka Kerja Audit Cukai dan Rangka Kerja Siasatan Cukai dari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my > Perundangan untuk mengesahkan prosedur sahih aktiviti pungutan, audit dan siasatan cukai LHDNM
  • Pastikan e-mel rasmi menggunakan domain @hasil.gov.my

Ingat: Jika ragu, semak dahulu dengan HASiL. Jangan terus percaya.