Pemeroleh perlu memegang dan meremitkan sebahagian nilai balasan seperti berikut :

  1. Pemerolehan sebelum 1 April 2007

    Memegang kesemua wang atau amaun tidak melebihi 5% daripada jumlah wang balasan yang mana lebih rendah.

    Apabila menerima Notis Permintaan, kesemua atau sebahagian daripada wang yang dipegang hendaklah dibayar kepada KPHDN dalam tempoh yang ditetapkan.

  2. Pemerolehan mulai 1 Januari 2010

    Memegang dan meremitkan kesemua ba lasan wang atau 2% daripada jumlah nilai balasan (yang mana lebih rendah) kepada KPHDN dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh pelupusan aset.

  3. Pemerolehan mulai 1 Januari 2015

    Memegang dan meremitkan kesemua balasan wang atau 3% daripada jumlah nilai balasan (yang mana lebih rendah) kepada KPHDN dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh pelupusan aset.

Sekiranya pemeroleh menerima CKHT 3 daripada pelupus dan mengemukakannya bersama - sama Borang CKHT 2A kepada KPHDN dalam tempoh enam pulu h (60) hari selepas tarikh pelupusan, maka pemeroleh diberi konsesi untuk tidak memegang wang seperti perenggan (b) dan (c) di atas.

Jika CKHT 3 tidak dikemukakan dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh pelupusan aset, amaun 2% atau 3% tersebut hendaklah dibayar kepada KPHDN. Bayaran hendaklah dilampirkan dengan slip bayaran (CKHT 502).

Kegagalan meremitkan amaun tersebut dalam tempoh yang ditetapkan boleh mengakibatkan kenaikan cukai 10% dikenakan atas pemeroleh.

  • Pelupus perlu mengisi borang CKHT 3 sekiranya pelupusan tidak dikenakan cukai dan pelupus ingin memilih untuk mendapatkan konsesi supaya pemeroleh tidak memegang dan meremitkan kesemua balasan wang atau 2% atau 3% daripada jumlah nilai balasan (yang mana lebih rendah) kepada KPHDN. Jika didapati maklumat yang dikemukakan dalam borang CKHT 3 adalah tidak benar, pelupus boleh diambil tindakan pendakwaan di bawah seksyen 30 ACKHT 1976 dan jika disabitkan suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000.

  • Membayar cukai dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh Notis Taksiran tanpa mengira sama ada rayuan terhadap notis tersebut dibuat atau tidak. Bayaran hendaklah dilampirkan dengan slip bayaran (CKHT 501) yang dikeluarkan bersama - sama Notis Tak siran.

  • Amaun yang dipegang dan diremit oleh pemeroleh di bawah seksyen 21B ACKHT 1976 merupakan sebahagian daripada bayaran cukai yang telah dibuat. Jika amaun remitan kurang daripada cukai yang dikenakan, pelupus perlu menjelaskan perbezaannya. Sebaliknya, jika amaun remitan melebihi cukai yang dikenakan, perbezaannya akan dibayar balik kepada pelupus.
Di lawati :
Kemaskini : :