PROSEDUR BAYARAN

  1. Pemeroleh

    Pemeroleh perlu membuat pengisian borang CKHT 502 (Pegangan cukai 3% / 5% / 7%) oleh pemeroleh hartanah di bawah seksyen 21B) dan menggunakan Nombor Bil yang dijana melalui aplikasi e-CKHT (Tatacara pengisian Slip bayaran CKHT 502) untuk membuat bayaran secara :

    1. Tunai atau Bank draf di Pusat Pengurusan Terimaan HASiL (PPTH); atau
    2. ByrHasil [FPX (Financial Process Exchange)] melalui capaian https://byrhasil.hasil.gov.my.

     

  2. Pelupus

    Pelupus perlu membuat bayaran cukai atau baki cukai CKHT (Notis Taksiran – K atau KA) menggunakan Nombor Bil yang tertera di dalam notis taksiran secara :

    1. ByrHasil [FPX (Financial Process Exchange)] melalui capaian https://byrhasil.hasil.gov.my; atau
    2. Portal perbankan internet ejen kutipan HASiL yang telah dilantik.

Bayaran balik boleh berlaku dalam keadaan berikut :

  • Perjanjian Jual Beli dibatalkan;
  • Pelupusan yang mendapat pengecualian cukai;
  • Kes tidak kena cukai; atau
  • Cukai terlebih bayar.

Bayaran balik kepada pelupus boleh diproses apabila taksiran telah dibangkitkan dan akaun pelupus berbaki kredit (mempunyai amaun boleh dibayar balik). Permohonan bayaran balik boleh merujuk kepada  “Garis Panduan Cukai Keuntungan Harta Tanah” (perkara 27 - Prosedur Bayaran Balik Cukai Keuntungan Harta Tanah)

Di lawati :
Kemaskini : :