Responsibility of Solicitors

TANGGUNGJAWAB MEMBAYAR DUTI

  1. Jadual Ketiga Akta Setem 1949 menetapkan pihak yang kena bayar duti bagi sesuatu surat cara.

  2. Kuasa tanggungan bayaran duti diperuntukkan di bawah Seksyen 33, Akta Setem 1949.

CARA PEMBAYARAN

  1. Pembayaran duti setem boleh dibuat di mana-mana Pejabat Setem HASiL dan Pejabat Satelit dengan cara berikut :
      • wang tunai;
      • Setem Hasil (jika duti atas sesuatu dokumen tidak melebihi RM500); atau
      • Kiriman Wang, Wang Pos, Cek Akaun Anak Guam atau Draf Bank di atas nama Pemungut Duti Setem dan hendaklah disertakan bersama-sama dengan surat cara yang berkenaan kepada pejabat setem secara serahan tangan.
    • Pembayaran juga boleh dibuat di Pejabat Setem Daerah menggunakan setem hasil sahaja bagi duti setem yang dikenakan tidak melebihi RM500.00.

    • Pembayaran secara dalam talian boleh dibuat oleh pengguna STAMPS menerusi kaedah FPX (bagi pemilik akaun CIMB Berhad, Bank Islam Berhad, Maybank Berhad, Public Bank Berhad dan RHB Berhad) atau kaedah pembayaran bil (Bill Payment) melalui CIMB BizChannel.
Di lawati :
Kemaskini : :