Frequently Asked Question

e-CP39 merupakan satu kaedah baharu bagi majikan menghantar data Potongan Cukai Bulanan (PCB) pekerja dan membayar secara dalam talian.

Majikan yang tidak mempunyai sistem penggajian berkomputer dan sebelum ini mengemukakan borang CP39 secara manual serta membuat bayaran potongan cukai bulanan di kaunter pusat bayaran LHDNM atau melalui pos dan kurier.

Berikut adalah perbezaan ketiga-tiga sistem tersebut:

    1. e-PCB adalah untuk kegunaan majikan yang tidak mempunyai sistem penggajian berkomputer. Majikan perlu mendaftar sebagai pengguna untuk membolehkan majikan menyimpan maklumat pekerja, mengira PCB, menghantar data PCB pekerja dan membuat bayaran sama ada melalui dalam talian atau di kaunter bayaran bank.

    2. e-Data PCB adalah untuk kegunaan majikan yang mempunyai sistem penggajian berkomputer. Majikan perlu mendaftar sebagai pengguna untuk membolehkan majikan menyemak format dan memuat naik fail teks CP39 secara dalam talian (online). Sistem ini membantu majikan menghantar data PCB pekerja mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan membuat bayaran. Majikan boleh membuat bayaran sama ada melalui dalam talian atau di kaunter bayaran bank.

    3. e-CP39 adalah untuk kegunaan majikan yang tidak mempunyai sistem penggajian berkomputer. Majikan mempunyai pilihan untuk log masuk dalam sistem sebagai pengguna berdaftar atau tidak berdaftar. Pengiraan amaun PCB boleh dibuat melalui Jadual PCB, e Jadual atau Kalkulator PCB. Majikan boleh membuat bayaran sama ada melalui dalam talian atau di kaunter bayaran bank.

Bayaran boleh dilakukan di kaunter bank dengan menggunakan Nombor Akaun CP39/PCB yang dijana semasa pengesahan data dalam sistem e-CP39 mulai 1 Mac 2019 manakala bayaran melalui dalam talian akan bermula pada 1 Jun 2019.

  1. Financial Process Exchange (FPX) di Portal Rasmi LHDNM (ezHASIL) melalui sistem e-CP39.
  2. Internet banking
    • CIMB Bank Berhad
    • Selain CIMB Bank (IBG/RENTAS/Telegraphic Transfer(TT)/Pindahan Tunai)
  3. Kaunter Bank atau Automated Teller Machine (ATM)
    • CIMB Bank Berhad - Tunai Sahaja
    • Selain CIMB Bank (IBG/RENTAS/Telegraphic Transfer(TT)/Pindahan Tunai)

Sila gunakan kod berikut bagi transaksi IBG/RENTAS/Telegraphic Transfer(TT)

Kod interbank GIRO (IBG) Kod RENTAS Kod Pindahan Telegram SWIFT
035 CIBBMYKL CIBBMYKL

Majikan boleh menggunakan sistem e-CP39 sama ada secara berdaftar atau tidak berdaftar. Bagi pengguna secara berdaftar, pengguna perlu mendaftar ID Pengguna dan Kata Laluan sebelum log masuk sistem ini.

Ya. Majikan boleh menggunakan e-Jadual untuk menentukan amaun PCB pekerja atau membuat pengiraan menggunakan kalkulator PCB atau merujuk kepada Jadual PCB.

Tidak perlu. Majikan hendaklah mengasingkan amaun bayaran di ruangan PCB dan CP38 yang disediakan.

LHDNM tidak akan mengeluarkan resit rasmi bayaran berkaitan.Majikan boleh menggunakan slip pengesahan bayaran bank sebagai bukti bayaran.

Boleh sekiranya majikan membuat pengiraan PCB menggunakan Kalkulator PCB.

Boleh. Majikan boleh mengemukakan melebihi sekali pembayaran dan penghantaran data pekerja terutama bagi majikan yang mempunyai ramai pekerja. Majikan perlu memastikan hanya satu instrumen bayaran sahaja bagi setiap satu penghantaran data dalam talian.

Boleh. Majikan yang sama boleh didaftarkan beberapa kali di sistem e-CP39. Walaubagaimanapun data yang telah diisi oleh pegawai terdahulu tidak dapat dipaparkan kerana menggunakan ID yang berbeza.

Majikan masih boleh membuat bayaran seperti berikut:

  • Kaunter Bank CIMB Bank Berhad – Tunai sahaja
  • Automated Teller Machine (ATM) CIMB sahaja
  • Selain CIMB Bank (IBG/RENTAS/Telegraphic Transfer(TT)/Pindahan Tunai)

Boleh. Walau bagaimanapun, rekod pekerja dan pembayaran dalam e PCB atau e Data PCB yang telah dilakukan tidak akan dipaparkan dalam e-CP39.

Boleh sekiranya majikan adalah pengguna berdaftar e-CP39.

Boleh. Walau bagaimanapun majikan atau pekerja dinasihatkan membuat pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan melalui e-Daftar secepat mungkin.

Majikan tidak boleh membuat bayaran menggunakan lebih dari satu instrumen bagi satu penghantaran CP39. Sekiranya majikan mempunyai kekangan terhadap had jumlah, majikan perlu memastikan pengisian data CP39 dan bayaran adalah mengikut had kelulusan setiap pengarah.

Sekiranya majikan menggunakan e-CP39 sebagai pengguna berdaftar, sistem ini akan menyimpan rekod senarai pekerja termasuk penghantaran data dan pembayaran yang pernah dilakukakan oleh majikan.

Tiada had bilangan pekerja. Walau bagaimanpun, majikan digalakkan menggunakan e-PCB sekiranya mempunyai pekerja yang ramai.

Tarikh penghantaran data dan bayaran PCB melalui e-CP39 tidak semestinya pada tarikh yang sama. Walau bagaimanapun, majikan perlu membuat pembayaran PCB berkenaan pada atau sebelum 15 haribulan pada setiap bulan.

Majikan boleh hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 atau Unit Majikan di pejabat LHDNM yang berdekatan. Rujukan Manual Panduan Pengguna, boleh didapati di https://ecp39.hasil.gov.my/.