Soalan Lazim

Berkaitan Rumah Ibadat Subsekyen 44(6) PU A 139/2020 PUA 52/2017

Kompilasi Soalan-Soalan Berkenaan Permohonan Untuk Kelulusan Di Bawah Subseksyen 44(6), Subseksyen 44(11D), ACP 1967 Dan P.U. (A) 139/2020

NO. QUESTIONS ANSWER
1 Adakah persatuan penganut dibenarkan mengurus rumah ibadat? Bagi pertubuhan kategori keagamaan di bawah sub-kategori 'persatuan penganut', pertubuhan tidak dibenarkan mentadbir rumah ibadat dan permohonan untuk meminda perlembagaan Fasal Larangan tersebut tidak akan dipertimbangkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Merujuk kepada fasal 15 (Larangan) dalam perlembagaan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, telah dinyatakan bahawa bagi pertubuhan kategori keagamaan di bawah sub-kategori ‘persatuan penganut’ tidak dibenarkan mentadbir rumah ibadat.
2 Adakah persatuan penganut dibenarkan mengurus rumah ibadat oleh pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia? Apakah implikasinya terhadap permohonan kelulusan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri? Bagi pertubuhan kategori keagamaan di bawah sub-kategori 'persatuan penganut', ia tidak dibenarkan mentadbir rumah ibadat. Permohonan untuk meminda perlembagaan Fasal Larangan tersebut tidak akan dipertimbangkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Fasal 15 (Larangan) dalam templat perlembagaan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, telah dinyatakan bahawa pertubuhan kategori keagamaan di bawah sub-kategori ‘persatuan penganut’ tidak dibenarkan mentadbir rumah ibadat. Ini bermakna jika persatuan penganut menguruskan rumah ibadat kelulusan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri tidak terpakai
3 Apakah yang perlu dilakukan oleh persatuan sekiranya ingin menguruskan rumah ibadat? Maklumat terkini berdasarkan surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia bertarikh 1 Ogos 2023 memaklumkan pendaftaran sebagai ‘Jawatankuasa Pengurusan’ bagi mana-mana persatuan yang ingin menguruskan rumah ibadat dihentikan sehingga suatu ketetapan baharu diputuskan. Oleh itu, pertubuhan adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia berhubung perkara ini.
4 Adakah persatuan mempunyai pilihan untuk memasukkan atau tidak fasal-fasal yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Persatuan tidak boleh sewenang-wenangnya meminda templat perlembagaan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, kecuali terdapat pilihan frasa berkaitan yang membenarkan mereka membuat pilihan frasa yang sesuai.
5 Adakah penubuhan Tabung Pengurusan Rumah Ibadat (TPRI) boleh dibuat hanya melalui minit mesyuarat daripada rumah ibadat selaku organisasi yang berhasrat menubuhkan TPRI? Penubuhannya boleh dibuat melalui ketetapan atau minit mesyuarat yang memutuskan penubuhan TPRI dan meluluskan undang-undang kecil TPRI. Tujuan minit mesyurat diperlukan adalah bagi membuktikan rumah ibadat mempunyai hasrat untuk menubuhkan TPRI.
6 Bagi masjid/surau, perlukah TPRI yang hendak ditubuhkan didaftar dengan mana-mana pertubuhan seperti Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau memadai mempunyai sijil perakuan daripada Majlis Agama Islam Negeri sahaja? Tidak perlu berdaftar dengan ROS. Bagi Masjid/Surau memadai dengan adanya sijil perakuan dengan Majlis Agama Islam Negeri.
7 Adakah terdapat had bilangan orang yang boleh dilantik dalam AJK Tabung Pengurusan Rumah Ibadat (TPRI)?

Bagi TPRI yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan di bawah sub kategori Jawatankuasa Pengurusan Bagi Rumah Ibadat atau diperakukan oleh Majlis Agama Islam Negeri, 70% daripada AJK adalah terdiri daripada AJK Lembaga Rumah Ibadat tersebut dan 30% adalah terdiri daripada orang luar.

Manakala, TPRI yang dikendalikan oleh institusi atau organisasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebagai syarikat menurut jaminan, 50% daripada AJK mestilah terdiri daripada orang luar.

  1. TPRI yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan di bawah sub kategori Jawatankuasa Pengurusan Bagi Rumah Ibadat atau diperakukan oleh Majlis Agama Islam Negeri 70% daripada AJK adalah terdiri daripada AJK Lembaga Rumah Ibadat tersebut dan 30% adalah terdiri daripada orang luar.
  2. TPRI yang dikendalikan oleh institusi atau organisasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebagai syarikat menurut jaminan, 50% daripada AJK mestilah terdiri daripada orang luar.
8 Adakah surat kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan sebagai bukti tujuan operasi rumah ibadat tersebut dijalankan perlu bagi tujuan permohonan pengecualian rumah ibadat di bawah P.U.(A) 139/2020? Untuk makluman, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah merujuk kepada pihak yang menjalankan pentadbiran di kawasan setempat. Surat kelulusan PBT diperlukan sebagai dokumen sokongan bagi tujuan permohonan. Mengikut undang-undang kerajaan tempatan, setiap rumah ibadat perlu mendapat kelulusan PBT bagi tujuan pengecualian cukai pintu (cukai taksiran) dan kelulusan sebagai tempat awam.
9 Jika perjanjian sumbangan endowment antara tabung dan penyumbang bercirikan pelaburan sahaja dengan syarat pengembalian sumbangan kepada penyumbang, adakah resit sumbangan dibawah subseksyen 44(11D) ACP 1967 boleh dikeluarkan kepada penyumbang? Resit rasmi pengecualian cukai di bawah subseksyen 44(11D) ACP1967 tidak boleh dikeluarkan kepada penyumbang kerana wang sumbangan merupakan hanya bayaran sumbangan pokok yang berstatus dikembalikan. Resit hanya dikeluarkan kepada sumbangan berstatus guna habis.