|
PEMBAYAR CUKAI TIDAK PERLU MENGEMUKAKAN PINDAAN BORANG CUKAI BAGI KESILAPAN PENANDAAN “CUKAI DITANGGUNG OLEH MAJIKAN”
CYBERJAYA, 18 MAC 2026 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengambil maklum bahawa terdapat pembayar cukai individu yang telah menandakan ruangan “Cukai ditanggung oleh majikan” (Tax borne by employer) secara tidak sengaja semasa mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2025 dan menyebabkan bayaran balik lebihan cukai masih belum diterima. More info |