🌐 BM | ENG

International

Global Minimum Tax (GMT)

Pengenalan Cukai Minimum Global (GMT)

Pada 8 Oktober 2021, seramai 136 ahli OECD/G20 Inclusive Framework on Base Erosion and Profit Shifting telah menyertai Kenyataan mengenai Penyelesaian Dua Tonggak untuk Menangani Cabaran Percukaian yang Timbul daripada Pendigitalan Ekonomi. Penyelesaian Dua Tonggak ini terdiri daripada Tonggak Satu dan Tonggak Dua.

Tonggak Satu bertujuan untuk memastikan pengagihan keuntungan dan hak percukaian yang lebih adil antara negara berhubung perusahaan multinasional (MNE) terbesar. Sementara itu, Tonggak Dua menetapkan had minimum terhadap persaingan cukai ke atas cukai pendapatan korporat melalui pengenalan kadar cukai minimum global yang boleh digunakan oleh negara untuk melindungi asas cukai masing-masing.

Peraturan Global Anti-Base Erosion (GloBE) merupakan peraturan utama di bawah Tonggak Dua yang menetapkan skop dan mekanisme kadar cukai efektif minimum global (ETR) baharu sebanyak 15%. Cukai tambahan (top-up tax) akan dikenakan apabila ETR kumpulan dalam sesuatu bidang kuasa berada di bawah paras 15%.