Home About HASiL Best Tax Payer Award Recipient Year 2023
Penerima Anugerah Pembayar Cukai Terbaik (APCT) Tahun 2023 (3.58 MB)
Secara tradisinya, majlis ini akan diserikan dengan pelbagai pengisian berkonsepkan percukaian, kerohanian dan kesukanan yang menerapkan unsur-unsur kerjasama dan semangat cintakan negara. Menariknya, LHDNM kekal konsisten dalam menghargai dan mengiktiraf jasa para pembayar cukai menerusi penyampaian anugerah kepada sepuluh (10) pembayar cukai terbaik untuk tahun 2023. Anugerah ini diberikan kepada para pembayar cukai yang layak sebagai tanda penghargaan atas inisiatif pematuhan cukai yang tidak berbelah bahagi sepanjang tahun 2023.
Penentuan pemilihan senarai penerima anugerah ini telah dibuat berdasarkan kepada beberapa kriteria selain dari jumlah bayaran cukai yang tertinggi yang telah dibayar dalam tahun 2023. Secara kronologinya, senarai 5000 Pembayar Cukai Korporat (Fail Syarikat) yang membayar cukai tertinggi (Top 5000) dalam tahun 2023 dijadikan asas pemilihan pada peringkat awal. Senarai ini dipilih mengikut kriteria-kriteria yang berikut:
Menerusi saringan dan penelitian, senarai pendek 70 calon telah dikemukakan kepada jabatan-jabatan utama HASiL yang berkaitan untuk pengesahan mengenai perkara-perkara seperti yang berikut:
Senarai yang sama juga telah dirujuk bagi memastikan bahawa calon yang dipilih tidak mempunyai sebarang isu berkaitan dengan audit, siasatan, dan perundangan. Senarai 15 calon yang melepasi saringan bagi semua kriteria yang ditetapkan seperti di atas telah dikemukakan kepada Pengurusan Tertinggi HASiL untuk dipilih sebagai penerima Anugerah Pembayar Cukai Terbaik 2023 dan 10 pembayar cukai terbaik yang telah dipilih adalah seperti berikut:
Senarai Anugerah Pembayar Cukai Terbaik Tahun 2023
HASiL merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pembayar cukai korporat tersebut atas inisiatif pematuhan cukai yang tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan dan mengharapkan inisiatif tersebut diteruskan pada masa-masa hadapan demi kelestarian dan kemakmuran negara tercinta dalam konteks cukai pendapatan. Adalah diharapkan juga anugerah ini akan memberikan suntikan semangat kepada semua pembayar cukai di negara ini untuk terus patuh dalam persekitaran pematuhan cukai lantas dapat menyumbang kepada kemajuan negara.
Terima Kasih Para Pembayar Cukai, Andalah Wira Negara!