Home Form Filing Programme For Documents Specified Under Section 82B ITA 1967 Through MITRS Assessment Year 2026
Seksyen 82B ACP 1967 memperuntukkan bahawa pembayar cukai yang mengemukakan Borang Nyata di bawah seksyen 77 atau 77A ACP 1967 dikehendaki memberi maklumat dan mengemukakan dokumen yang ditentukan oleh KPHDN bagi maksud penentuan pendapatan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar secara elektronik dalam tempoh 30 hari selepas tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata.
Senarai dokumen yang ditentukan adalah seperti di Nota Panduan.
Pemberian maklumat dan pengemukaan dokumen melalui MITRS akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan pembayar cukai kategori Syarikat (C) dan Perkongsian Liabitliti Terhad (PT) mulai tahun taksiran 2025.
Mulai tahun taksiran 2026, pelaksanaan MITRS adalah diperluaskan kepada pembayar cukai kategori Unit Amanah / Amanah Harta Tanah (TC), Koperasi (CS), Badan Amanah (TA) dan Amanah Pelaburan Harta Tanah / Tabung Amanah Harta (TR).
| No. | File Types | Kategori Pembayar Cukai | Tarikh Akhir Pengemukaan Dokumen melalui MITRS | Penyediaan Sistem MITRS untuk: | |
|---|---|---|---|---|---|
| Pembayar Cukai | Ejen Cukai (TAeF) | ||||
| 1 | C | Company | 30 hari selepas tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata | 1 April 2026 | |
| 2 | PT | Limited Liability Partnership | 1 Mei 2026 | ||
| 3 | TC | Unit Trust / Property Trust | 1 Julai 2026 | ||
| 4 | CS | Co-operative Society | 1 Ogos 2026 | ||
| 5 | TA | Trust Body | 1 Ogos 2026 | ||
| 6 | TR | Amanah Pelaburan Harta Tanah / Tabung Amanah Harta | 1 September 2026 | ||
*Nota Panduan Pengemukaan Dokumen melalui MITRS sila rujuk Rujuk Nota Panduan Pengemukaan Dokumen Yang Ditentukan Di Bawah Seksyen 82b Melalui MITRS
Bermula tahun taksiran 2025, di bawah peruntukan seksyen 82B ACP 1967, pembayar cukai yang mengemukakan Borang Nyata di bawah seksyen 77 atau 77A ACP 1967 dikehendaki memberi maklumat dan mengemukakan dokumen yang ditentukan oleh KPHDN bagi maksud penentuan pendapatan yang boleh dikenakan cukai secara elektronik dalam tempoh 30 hari selepas tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata.
Pelaksanaan adalah secara berperingkat bermula dengan pembayar cukai kategori Syarikat (C) dan Perkongsian Liabitliti Terhad (PT) mulai tahun taksiran 2025.
Mulai tahun taksiran 2026, pelaksanaan MITRS adalah diperluaskan kepada pembayar cukai kategori Unit Amanah / Amanah Harta Tanah (TC), Koperasi (CS), Badan Amanah (TA) dan Amanah Pelaburan Harta Tanah / Tabung Amanah Harta (TR).
Dokumen yang ditentukan di bawah seksyen 82B perlu dikemukakan melalui medium elektronik menggunakan platform MITRS yang boleh diakses melalui Portal MyTax. Sila layari mytax.hasil.gov.my.
MITRS boleh diakses menggunakan peranan Pengarah, Wakil Pengarah atau Ejen Cukai.
Pembayar cukai perlu memastikan Borang Nyata bagi tahun taksiran yang berkenaan telah dikemukakan sebelum memberi maklumat atau mengemukakan dokumen melalui MITRS.
Pengemukaan dokumen hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata.
Dokumen hendaklah dimuat naik ke dalam MITRS menggunakan format pdf tidak melebihi 20 Megabyte (MB) bagi tahun taksiran berkenaan
Tanggungjawab pengemukaan dokumen adalah terletak kepada orang yang layak kena cukai menurut peruntukan seksyen 66 hingga seksyen 75B ACP 1967.
Pembayar cukai juga boleh melantik ejen cukai berlesen di bawah seksyen 153 ACP 1967 bagi tujuan pengemukaan dokumen.
Panduan terperinci dokumen yang ditentukan adalah seperti berikut:
| No. | Dokumen / Format | Description |
|---|---|---|
| i. | Penyata Kewangan Beraudit/ Penyata Kewangan Tidak Beraudit Format: pdf file (* . pdf) | Penyata kewangan yang menjadi asas dalam pengiraan cukai:
|
| ii. | Pengiraan cukai pendapatan Format: pdf file (* . pdf) | Pengiraan Cukai Pendapatan berserta penyata pendapatan terperinci dan pelarasan terperinci akaun bagi tahun taksiran yang berkenaan. |
| iii. | Jadual lengkap Elaun Modal dan Kenaan Jadual 3 ACP 1967 yang dituntut (jika berkaitan) Format: pdf file (* . pdf) | Jadual lengkap pengiraan Elaun Modal dan Kenaan di bawah Jadual 3 ACP 1967 termasuk Elaun Imbangan dan Kenaan Imbangan hendaklah dikemukakan sekiranya membuat tuntutan bagi tahun taksiran yang berkenaan. |
| iv. | Pengiraan lengkap insentif yang dituntut (jika berkaitan) Format: pdf file (* . pdf) | Pengiraan lengkap insentif seperti yang dituntut dalam pengiraan cukai bagi tahun taksiran yang berkenaan. |
Dokumen yang ditentukan hendaklah dikemukakan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja. Dokumen yang disediakan dalam selain bahasa tersebut perlu diterjemahkan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Dokumen yang telah dikemukakan melalui MITRS boleh dimuat naik semula pada bila-bila masa sekiranya terdapat pindaan ke atas mana-mana maklumat di dalam dokumen yang telah dikemukakan sebelum ini. Pindaan melalui Modul 82B ini adalah merujuk KEPADA pengemukaan Borang Nyata di bawah seksyen 77 atau 77A ACP 1967 SAHAJA. Oleh yang demikian apa-apa pindaan perlulah dikaitkan secara langsung dengan skop pelaporan yang telah dibuat dalam Borang Nyata (asal) berkenaan.
Pembayar cukai dikehendaki memuatnaik semula kesemua dokumen yang berkenaan termasuk dokumen yang tidak terlibat pindaan. Tarikh pengemukaan dokumen akan dikemaskini berdasarkan tarikh muat naik yang terkini.
Sekiranya dokumen / pindaan dokumen dikemukakan selepas tarikh akhir yang ditetapkan, pengemukaan dianggap lewat dan tertakluk kepada kesalahan dan boleh dikenakan denda di bawah perenggan 120(1)(d) ACP 1967 iaitu tidak kurang dari dua ratus ringgit dan tidak lebih dari dua puluh ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.