🌐 BM | ENG

Real Property Gains Tax Return Form (RPGTRF) Filing Programme

  1. Mulai 01 Januari 2025, pengemukaan BNCKHT secara elektronik adalah mandatori melalui e-CKHT.
  2. Pembayar cukai hendaklah mengemukakan BNCKHT secara e-Filing (e-CKHT) di di Portal MyTax mytax.hasil.gov.my.
  3. Pembayar cukai boleh melantik peguam bertauliah dan ejen cukai berlesen untuk mengemukakan e-CKHT melalui medium berikut:
    1. Peguam : Peranan peguam di MyTax; dan
    2. Ejen cukai berlesen : Sistem TaeF versi 2.0.
No. File Types Kategori Pelupusan / Pemerolehan Aset Tarikh Akhir Pengemukaan BNCKHT Penyediaan Sistem e-CKHT
1 Borang CKHT 1A Pelupusan harta tanah tertakluk kepada ACKHT 1976 Dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pelupusan aset 1 January 2025
2 Borang CKHT 1B Disposal of shares subject to the ACKHT 1976
3 Borang CKHT 3 Notification under subsection 13(6) of the ACKHT 1976: Certificate of disposal of assets not subject to tax or exempt from tax payment
No. File Types Kategori Pelupusan / Pemerolehan Aset Tarikh Akhir Pengemukaan BNCKHT Penyediaan Sistem e-CKHT
4 Borang CKHT 2A Pemerolehan harta tanah / syer tertakluk kepada ACKHT 1976 Dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pemerolehan aset 1 January 2025
  1. Pengemukaan BNCKHT
    1. Tanggungjawab mengemukakan BNCKHT
      Tanggungjawab mengemukakan BNCKHT adalah kepada orang yang boleh dikenakan cukai yang melupuskan sesuatu aset boleh dikenakan cukai (pelupus) dan orang yang memperoleh aset tersebut (pemeroleh) menurut peruntukan Seksyen 13 ACKHT 1976.

      Tempoh mengemukakan BNCKHT adalah dalam tempoh 60 days selepas tarikh pelupusan / pemerolehan aset.

    2. BNCKHT dan Nota Panduan Bagi Tujuan Rujukan
      BNCKHT dan Nota Panduan boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi LHDNM > Borang > Muat Turun Borang > CKHT mulai 01 Januari 2026 bagi tujuan rujukan.
    3. Pelaporan CKHT

      Mandatori pelaporan CKHT melalui medium elektronik dengan menggunakan e-CKHT di Portal MyTax.

      Pembayar cukai perlu mempunyai Nombor Pengenalan Cukai (TIN) dan Sijil Digital sebelum mengakses e-CKHT.

      Sekiranya tiada TIN, kemukakan permohonan pendaftaran TIN melalui pautan e-Daftar di Portal MyTax.

    4. Pengiraan Cukai Dikenakan
      1. Pelupusan Tahun Taksiran 2024 ke bawah
        Jumlah cukai kena dibayar akan dipaparkan dalam notis taksiran (Borang K) yang akan dikeluarkan oleh LHDNM selepas BNCKHT dikemukakan oleh pelupus.
      2. Pelupusan Mulai Tahun Taksiran 2025
        Selaras dengan pelaksanaan STS CKHT, pelupus yang melupuskan aset tertakluk kepada ACKHT 1976 mulai 01 Januari 2025 dikehendaki untuk menentukan keuntungan boleh dikenakan cukai dan mengira cukai yang dikenakan dalam BNCKHT dikemukakan. Jumlah cukai dikenakan akan dipaparkan di Slip Pengesahan Penerimaan e-CKHT 1A / 1B. Tiada notis taksiran akan dikeluarkan. BNCKHT yang dikemukakan di bawah Seksyen 13 ACKHT 1976 adalah disifatkan sebagai suatu notis taksiran yang telah diserahkan kepada pelupus oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN).
  1. Supporting Document
    Supporting Document
    Dokumen sokongan yang digunakan untuk pengiraan tidak perlu dikemukakan bersama-sama dengan BNCKHT.

    Pembayar cukai perlu menyimpan dokumen bagi tempoh tujuh (7) tahun daripada akhir tahun taksiran dalam mana taksiran tersebut telah dibangkitkan.

    Dokumen tersebut perlu dikemukakan jika diminta bagi tujuan semakan pengesahan.

  1. Bayaran CKHT
    1. Pemeroleh – Bayaran Seksyen 21B ACKHT 1976
      Pemeroleh bertanggungjawab memegang simpan kesemua balasan wang atau suatu jumlah wang tidak melebihi 3% / 5% / 7% daripada jumlah nilai balasan mengikut mana lebih rendah dan membayar kepada KPHDN dalam tempoh 60 hari dari tarikh pemerolehan aset.Pemeroleh perlu menggunakan Nombor Bil yang tertera di dalam Slip Pengesahan Penerimaan e-CKHT 2A di Portal MyTax untuk membuat bayaran Seksyen 21B ACKHT 1976 melalui :
      1. ByrHasil FPX (Financial Process Exchange)
        • access byrhasil.hasil.gov.my;
        • Users must have an electronic banking account with any bank participating in FPX; or
      2. Ejen kutipan HASiL yang telah dilantik.

      Senarai bank ByrHasil FPX dan bank ejen kutipan HASiL adalah seperti di Portal Rasmi LHDNM.

    2. Pelupus – Bayaran Baki CKHT
      1. Pelupusan Tahun Taksiran 2024 ke bawah Pelupus hendaklah membayar cukai atau baki cukai dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis taksiran.
      2. Pelupusan Mulai Tahun Taksiran 2025 Pelupus hendaklah membayar cukai atau baki cukai dalam tempoh 90 hari dari tarikh pelupusan.

      Pelupus perlu membuat bayaran cukai atau baki cukai CKHT menggunakan Nombor Bil yang tertera di dalam Slip Pengesahan Penerimaan e-CKHT 1A / 1B melalui :

      1. ByrHasil FPX
        • access byrhasil.hasil.gov.my;
        • Users must have an electronic banking account with any bank participating in FPX; or
      2. Bank ejen kutipan HASiL yang telah dilantik.
      3. Malaysia Post Office in cash.

      Senarai bank serta perkhidmatan yang disediakan adalah seperti di Portal Rasmi LHDNM.

FAQ
Download Form RPGT