🌐 BM | ENG

Capital Gains Tax Return Form (CGTRF) Filing Programme

  1. Mulai 1 Januari 2024, syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah dan koperasi yang menerima laba atau keuntungan daripada pelupusan aset modal yang terdiri daripada:
    1. saham syarikat tidak tersenarai yang diperbadankan di Malaysia ; atau
    2. saham syarikat terkawal diperbadankan di luar Malaysia yang memiliki harta tanah yang terletak di Malaysia atau saham syarikat terkawal lain atau kedua-duanya,

    adalah tertakluk kepada cukai keuntungan modal di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

    Entiti Labuan (Syarikat Labuan, Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan, Yayasan dan Amanah Labuan) yang memilih atau tertakluk kepada pengenaan cukai di bawah ACP 1967 adalah juga tertakluk kepada pengenaan Cukai Keuntungan Modal. Rujuk Nota Panduan untuk maklumat lanjut.

  2. Pembayar cukai hendaklah mengemukakan BNCKM secara e-Filing (e-CKM). Sila layari Portal MyTax di mytax.hasil.gov.my.
  3. Ejen cukai hendaklah mengemukakan BNCKM melalui Sistem TAeF versi 2.0. Sila layari Portal MyTax di mytax.hasil.gov.my.
No. File Types Kategori Pembayar Cukai Tarikh Akhir Pengemukaan BNCKM mengikut Akta berkenaan Penyediaan Sistem e-Filing untuk:
Counter/Satellite Office/Duty Stamp Counter e-Janji Temu HASiL (Electronic Appointment System)
1 C Company Dalam tempoh 60 hari dari tarikh pelupusan aset modal 1 Mac 2024
2 PT Limited Liability Partnership
3 TC Unit Trust / Property Trust
4 CS Co-operative Society
5 TA Trust Body
6 TR Amanah Pelaburan Harta Tanah
7 TN Amanah Perniagaan

*Nota Panduan Pengemukaan Dokumen memfail Borang Nyata CKM sila rujuk CGTRF SUBMISSION GUIDE NOTES.

  1. Pengemukaan BNCKM
    1. Pengenaan Cukai Atas Keuntungan Pelupusan Aset Modal
      Mulai 1 Januari 2024, syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah dan koperasi yang menerima laba atau keuntungan daripada pelupusan aset modal yang terdiri daripada:
      1. saham tidak tersenarai syarikat yang diperbadankan di Malaysia; atau
      2. saham syarikat terkawal diperbadankan di luar Malaysia yang memiliki harta tanah yang terletak di Malaysia atau saham syarikat terkawal lain atau kedua-duanya,

      adalah tertakluk kepada Cukai Keuntungan Modal di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

      Entiti Labuan (Syarikat Labuan, Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan, Yayasan dan Amanah Labuan) yang memilih atau tertakluk kepada pengenaan cukai di bawah ACP 1967 adalah juga tertakluk kepada pengenaan Cukai Keuntungan Modal.

      Pengemukaan BNCKM dan bayaran Cukai Keuntungan Modal hendaklah dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh pelupusan aset modal.

    2. Tempoh Pengecualian
      Syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah dan koperasi yang melupuskan:
      1. saham tidak tersenarai syarikat yang diperbadankan di Malaysia; atau
      2. saham syarikat terkawal diperbadankan di luar Malaysia yang memiliki harta tanah
        yang terletak di Malaysia atau saham syarikat terkawal lain atau kedua-duanya,

      is dikecualikan daripada Cukai Keuntungan Modal bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 29 Februari 2024.

      Pelupusan aset modal tersebut dalam tempoh di atas adalah TIDAK tertakluk kepada pengemukaan BNCKM.

    3. BNCKM Bagi Tujuan Rujukan
      BNCKM dan Nota Penerangan boleh dimuat turun melalui portal HASiL mulai 31 Januari 2024 bagi tujuan rujukan.
    4. Tanggungjawab Pengemukaan BNCKM
      Tanggungjawab pengemukaan BNCKM adalah terletak kepada orang yang layak kena cukai menurut peruntukan seksyen 66 hingga seksyen 75B. Pembayar cukai juga boleh melantik ejen cukai berlesen di bawah seksyen 153 ACP 1967 bagi tujuan pengemukaan BNCKM.
    5. Pelaporan CKM
      Pelaporan Cukai Keuntungan Modal hendaklah dikemukakan melalui medium elektronik dengan menggunakan e-CKM. Pembayar cukai atau ejen cukai berlesen yang dilantik boleh mengakses e-CKM melalui portal MyTax di mytax.hasil.gov.my mulai 1 Mac 2024.Pembayar cukai perlu memastikan telah mempunyai Nombor Pengenalan Cukai (TIN) dan Sijil Digital sebelum mengakses e-CKM.
    6. Pendaftaran TIN bagi Entiti Luar Negara
      Bagi entiti asing (syarikat, PLT, badan amanah dan koperasi) yang diperbadankan / ditubuhkan di luar Malaysia, pendaftaran TIN bagi tujuan pelaporan CKM adalah adalah secara dalam talian melalui e-Daftar dengan melampirkan dokumen berikut:
      No.Entiti Luar NegaraSupporting Document
      1Company
      • Salinan sijil pemerbadanan / pendaftaran dari badan pendaftar di negara asal.
      • Surat permohonan pendaftaran TIN bagi tujuan CKM (menggunakan kepala surat entiti).
      • Maklumat pengarah / pekongsi utama / ahli lembaga koperasi / pemegang amanah / pegawai utama termasuk nama, nombor pengenalan, emel dan alamat kediaman.
      • Salinan dokumen pelupusan / pemilikan:
        1. saham syarikat tidak tersenarai yang diperbadankan di Malaysia ; atau
        2. saham syarikat terkawal diperbadankan di luar Malaysia yang memiliki harta tanah yang terletak di Malaysia atau saham syarikat terkawal lain atau kedua-duanya.
      2Limited Liability Partnership
      3Co-operative Society
      4Trust Body
      5Unit Amanah/Amanah Harta Tanah

      Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa bagi entiti luar negara berkenaan perlu memohon TIN individu melalui e-Daftar, sebelum memohon peranan sebagai pengarah / wakil pengarah atau melantik ejen cukai di MyTax bagi tujuan pengemukaan e-CKM.

  1. Helaian Kerja / Dokumen Sokongan

    Helaian Kerja / Dokumen Sokongan
    Helaian Kerja / dokumen sokongan yang digunakan untuk pengiraan tidak perlu dikemukakan bersama-sama dengan BNCKM. Helaian Kerja / Dokumen Sokongan hendaklah disimpan dengan baik bagi tempoh 7 tahun bermula dari akhir tahun dalam mana BNCKM tersebut telah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri.

    Dokumen tersebut perlu dikemukakan jika diminta bagi tujuan audit termasuk dokumen yang berkaitan dengan tuntutan pelepasan cukai di bawah seksyen 132 ACP 1967 dan seksyen 133 ACP 1967.

  1. Kelonggaran bagi Tujuan Bayaran Cukai di bawah Subseksyen 103(2) ACP 1967

    Tambahan Masa untuk Bayaran Cukai / Baki Cukai
    Bagi taksiran yang dibangkitkan di bawah seksyen 91, 96A dan subseksyen 90(3), 101(2) ACP 1967, cukai / baki cukai hendaklah dibayar dalam tempoh 30 hari dari tarikh Notis Taksiran disampaikan. Walau bagaimanapun, tambahan masa 7 hari adalah dibenarkan.