Penutupan Kaunter Khidmat Pelanggan dan Duti Setem di Menara Hasil Johor Bahru
Dimaklumkan bahawa Kaunter Khidmat Pelanggan dan Duti Setem di Menara Hasil Johor Bahru akan ditutup sementara mulai 28 Februari 2023 sehingga dimaklumkan kelak bagi tujuan penyelenggaraan bangunan.

Dalam tempoh ini, pelanggan HASiL boleh berurusan di kaunter alternatif berikut:

1. UTC Johor Bahru (urusan percukaian sahaja)
2. UTC Pasir Gudang (urusan percukaian sahaja)
3. PKH Pontian (urusan percukaian dan duti setem)
4. PKH Kota Tinggi (urusan percukaian dan duti setem)

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian terima kasih.