Pengumuman

Konsultasi Awam berhubung Ketetapan Umum
1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menjemput sebarang komen ke atas cadangan dua (2) Ketetapan Umum (Klik pautan di bawah untuk muat turun):

i. *Percukaian Perkongsian Bahagian I – Penentuan Kewujudan Perkongsian*
ii. *Percukaian Perkongsian Bahagian II – Pengiraan dan Agihan Pendapatan*

Tujuan utama konsultasi awam ini dibuat adalah bagi mendapatkan pandangan daripada pihak berkepentingan mengenai isu yang berkaitan dengan Ketetapan Umum tersebut.

2. Harap maklum bahawa semua pandangan serta komen diterima boleh dibuat secara umum dan akan dipertimbangkan. Konsultasi awam bagi ketetapan umum ini dibuka mulai 21 September 2021 hingga 4 Oktober 2021 (14 hari) dan hendaklah dihantar ke *kufeedback@hasil.gov.my*.

Klik disini untuk muat turun