Pengumuman

Konsultasi Awam berhubung Ketetapan Umum
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menjemput sebarang komen ke atas cadangan Ketetapan Umum: Layanan Cukai Ke Atas Syarikat Yang Menubuhkan Syarikat Bertujuan Khas Bagi Penerbitan SUKUK – Seksyen 60I Akta Cukai Pendapatan 1967. Tujuan utama konsultasi awam ini dibuat adalah bagi mendapatkan pandangan daripada pihak berkepentingan mengenai isu yang berkaitan dengan Ketetapan Umum tersebut.

Harap maklum bahawa semua pandangan serta komen diterima boleh dibuat secara umum dan akan dipertimbangkan. Konsultasi awam bagi ketetapan umum ini dibuka mulai 28 Ogos 2023 hingga 10 September 2023 (14 hari) dan hendaklah dihantar ke kufeedback@hasil.gov.my.

Klik untuk muat turun