KONSULTASI AWAM BERHUBUNG KETETAPAN UMUM
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menjemput sebarang komen ke atas cadangan dua (2) Ketetapan Umum (Klik pautan di bawah untuk muat turun). Tujuan utama konsultasi awam ini dibuat adalah bagi mendapatkan pandangan daripada pihak berkepentingan mengenai isu yang berkaitan dengan Ketetapan Umum tersebut. Harap maklum bahawa semua pandangan serta komen diterima boleh dibuat secara umum dan akan dipertimbangkan. Konsultasi awam bagi ketetapan umum ini dibuka mulai 20 Julai 2022 hingga 2 Ogos 2022 (14 hari) dan hendaklah dihantar ke kufeedback@hasil.gov.my. Pengkomersialan Penemuan Penyelidikan Dan Pembangunan Awam Berasaskan Sumber, Bahagian I – Insentif Cukai Untuk Syarikat Pelabur Pengkomersialan Penemuan Penyelidikan Dan Pembangunan Awam Berasaskan Sumber, Bahagian II – Insentif Cukai Untuk Syarikat Yang Layak |