Pengumuman

Penamatan Layanan Konsesi di Bawah Soalan Lazim Berkaitan Isu Percukaian Antarabangsa Akibat Sekatan Perjalanan Covid-19
Selaras dengan pengumuman kerajaan Malaysia serta selari dengan tindakan beberapa negara lain berhubung penamatan sekatan perjalanan akibat Covid-19, LHDNM telah memutuskan untuk tidak melanjutkan layanan konsesi percukaian bagi isu percukaian antarabangsa akibat sekatan perjalanan Covid-19 menerusi ‘Soalan Lazim Isu Percukaian Antarabangsa Akibat Sekatan Perjalanan Covid-19 (FAQ)’ yang akan berakhir pada 31 Disember 2021. Susulan penamatan layanan konsensi tersebut, peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967 serta peruntukan dalam Perjanjian Pengelakan Percukaian Dua Kali dengan negara berkaitan akan terpakai seperti biasa.

Klik disini untuk muat turun