KONSULTASI AWAM BERHUBUNG GARIS PANDUAN
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menjemput sebarang komen ke atas cadangan Garis Panduan (Klik pautan di bawah untuk muat turun).

Tujuan utama garis panduan ini dibuat adalah bagi mendapatkan pandangan daripada pihak berkepentingan mengenai isu yang berkaitan dengan Garis Panduan tersebut.

Harap maklum bahawa semua pandangan serta komen diterima boleh dibuat secara umum dan akan dipertimbangkan. Konsultasi awam bagi garis panduan ini dibuka mulai 27 September 2022 hingga 10 Oktober 2022 (14 hari) dan hendaklah dihantar ke gpka@hasil.gov.my.

Garis Panduan Permohonan Untuk Kelulusan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Di Bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 Bagi Tabung Kebajikan Hospital Awam, Hospital Swasta Dan Hospital Pengajar