Penutupan Sistem MyTax, ezHasil dan TAeF Bagi Tujuan Penyelenggaraan
Dimaklumkan terdapat aktiviti penyelenggaraan sijil digital bagi sistem-sistem di bawah :- MyTax (https://mytax.hasil.gov.my) ezHasil (https://ez.hasil.gov.my) TAeF (https://taef.hasil.gov.my) bermula 22-12-2021, 9:00 malam hingga 23-12-2021, 6.00 pagi. Semua aplikasi yang tersenarai di atas akan tergendala dalam tempoh tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000, Hasil Chat atau klik di sini. Segala kesulitan amatlah dikesali. |