Keselamatan Online

Keselamatan Online  melindungi aktiviti online anda

Komunikasi dan transaksi elektronik merupakan komponen penting dalam penyampaian perkhidmatan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Namun, kebaikan transaksi online juga boleh menimbulkan risiko penipuan, misalnya individu-individu yang menipu pembayar cukai dengan mengaku diri sebagai wakil yang dilantilk oleh LHDNM untuk mendapatkan maklumat tertentu atau menuntut bayaran cukai melalui e-mel.
LHDNM, sama seperti semua pembekal perkhidmatan online yang lain, sentiasa komited untuk menjamin keselamatan aktiviti online anda walaubagaimanapun anda harus waspada.

Kaedah yang digunakan oleh individu-individu di atas untuk memperoleh maklumat yang mereka inginkan selalu berubah, oleh itu LHDNM akan mengumumkan jenis-jenis penipuan yang dikenalpasti dari masa ke masa. Risiko utama melibatkan tuntutan bayaran cukai pendapatan palsu melalui e-mel. LHDNM sentiasa memantau sistem dan mengawal rekod pelanggan dari sebarang akitiviti penipuan.

Sila pastikan ID pengguna dan kata laluan yang anda gunakan ketika mengakses sistem LHDNM disimpan dengan selamat. Sebarang kegiatan yang mencurigakan harus dilaporkan kepada LHDNM dengan segera.

Melaporkan aktiviti e-mel palsu kepada LHDNM

 

LHDNM tidak pernah memohon bayaran cukai atau melantik broker / pemungut cukai asing / mana mana pihak ketiga untuk memungut cukai pendapatan Malaysia melalui e-mel.

Jika anda menerima e-mel yang tidak di alamatkan kepada anda secara tepat dan kemudian meminta anda untuk klik pada pautan , mendedahkan butiran peribadi atau membuat bayaran cukai pendapatan / denda yang mencurigakan , anda mungkin akan terdedah dengan anasir penipuan dari laman palsu.

Jika anda telah menerima e-mel daripada LHDNM yang anda berasa sangsi / penipuan, sila kemukakan e-mel tersebut ke aduan@hasil.gov.my.

Tindakan akan diambil atas setiap aduan yang diterima.

Di lawati :
Kemaskini : :